23 August 2016

BENARKAH EPIDURAL PENYEBAB SAKIT BELAKANG?

penyebab sakit belakang

Siapa pernah ambil epidural? hehe..macam AR anak first terpaksa ambil sebab bersalin ceaser. so nak taknak ikut je lah prosedur doktor. anak kedua dan ketiga tak ambil. konon kuat la...Alhamdulillah ok je. setakat anak ketiga tak ada pulak rasa sakit belakang teruk2 sampai nak salahkan epidural. tapi biasa la bila kita menyusukan anak pemakanan kurang zat atau kurang nutrisi tu yang banyak mengundang masalah kekurangan nutrisi. So kebetulan artikel ni lalu kat wall facebook AR terus la grab masuk blog. senang nak rujuk. uolls yang ada pengalaman boleh la ambil input jugak. 


"Terbaru viral ialah perkongsian pengalaman seorang ibu melalui pembedahan caesarean dengan epidural anaesthesia. Boleh digambarkan betapa tersiksanya beliau dicucuk epidural, disumbat dengan tiub kencing, 'disiat hidup-hidup' dan hingga sekarang menderita sakit ditempat luka pembedahan dan sakit belakang.

Kejam sungguh doktor ya. Gelojoh sungguh nak menyelamatkan nyawa ibu dan anak yang lemas.

Selepas bersalin dicabut tiub kencing dan dipaksa berjalan pula. 

Kacau daun betul doktor ya. Sibuk nak mencegah darah beku daripada masuk ke jantung dan paru-paru yang boleh membawa maut.

****

Epidural adalah cara pembiusan yang boleh digunakan sebagai penahan sakit selepas bedah ataupun sebagai cara pembiusan utama sewaktu pembedahan. Epidural juga sangat popular sebagai penahan sakit sewaktu kelahiran normal.

Jarum yang digunakan memanglah besar, iaitu sepanjang 8cm; namun ianya bukanlah dibenamkan selama-lamanya dalam tulang belakang pesakit. Ia hanya digunakan untuk mengesan ruang epidural supaya tiub halus yang disambungkan kepada ubat bius setempat (local anaesthetic) boleh diletakkan. Dah jumpa ruang epidural maka jarum itu pun dibuang.

Proses meletakkan tiub epidural selalunya mudah saja. Namun bagi pesakit obes atau yang bertulang belakang kurang fleksibel ianya boleh menjadi sukar dan memerlukan beberapa kali cubaan. Kerap kali sakit belakang selepas epidural dikaitkan dengan cubaan pemasangan epidural yang lama.

****

Namun benarkah epidural penyebab sakit belakang?

Sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi, malah terlalu ramai orang ada sakit belakang; tak kira jantina, tak kira pernah mendapat epidural atau tidak.

Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin (1). Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang sama dalam kedua kumpulan (2). Ada kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural (3).

****

Sewaktu mengandung, perubahan hormon meyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.  

Sakit belakang yang non-traumatic antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Ada juga pesakit yang dilahirkan dengan tulang belakang yang tak normal (scoliosis) maka lebih kerap sakit belakang.

****

Tak adil sebenarnya mengatakan epidural penyebab sakit belakang kerana bukan ibu mengandung saja yang mendapat epidural malahan pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan lain tak kira lelaki atau perempuan. Ramai sebenarnya yang amat berpuas hati dengan epidural. Ada pesakit yang sanggup bersusah payah mencari hospital yang ada pakar bius yang boleh menawarkan khidmat epidural untuk pembedahannya.

Cuba tanyakan ibu-ibu yang melalui pembedahan caesarean secara bius tidur tanpa mendapat epidural tentang kesakitan yang dialami selepas bersalin. Barulah anda bersyukur bahawa sakit anda tak berlipat kali ganda seperti yang mereka alami.

Saya sendiri bersalin 2 kali tanpa epidural dan 3 kali dengan epidural; saya sangat bersyukur dengan adanya ilmu penahan sakit yang diajarkan oleh Tuhan kepada manusia, maka dapat saya bersalin dengan selesa tanpa dapat sakit belakang.

Tak mahu epidural? Tak mengapa, itu pilihan, bukan paksaan.

Dr Hana Hadzrami
Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi

****

Rujukan:
1. MacArthur C, Lewis M, Knox EG, Crawford JS. Epidural anaesthesia and long term backache after childbirth. Br Med J, 1990;301:9-12.
2. http://bja.oxfordjournals.org/content/89/3/466.full.pdf
3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4050929/

Gambar hiasan dari Wikipedia"



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.





Continue Reading

11 August 2016

SOAL JAWAB OSTEMATRIX BERSAMA NUTRITIONIST SHAKLEE

ostematrix shaklee

Assalamualaikum uolls...sempena bulan promosi ostematrix ni baru2 ni ada la AR join kelas online dengan nutritionist Shaklee berkenaan ostematrix..dari kelas tu ada beberapa soal jawab dan dapat dikumpul kan. AR kongsi kat bawah ye. baca jangan tak baca ;)


S1 : Kalau kanak2 umur brp boleh start bg oste?
J1 : Ostematrix dibuat utk individu dewasa (18 ke atas). Kanak2 ambik sumber kalsium drp mealshake. 16 tahun dah boleh ambik oste*

S2 : Apakah had maksimum untuk mengambil oste?
J2 : Bergantung kepada keperluan individu. RDA sarankan 1000mg sehari (4 biji). Jika ada masalah tulang/rapuh/slip disc/patah etc boleh ambik lebih.*

S3 : Berapakah pengambilan yang sesuai atau had untuk wanita hamil mengambil oste.
J3 : 4 biji secara tetap setiap hari. Ambil lebih lebih bagus sebab ada banyak faktor badan tak dapat serap khasiat sepenuhnya kalsium tu. Ambil juga ESP.*

S4 : Warga emas makan ostematrix, dada sakit, apa tandanya?
J4 : Kena tahu keadaan kesihatan dia. Ada ambil ubat hospital atau dah ada penyakit?*

S5 : Masa terbaik untuk makan oste.
J5 : 4 biji malam*

S6 : Untuk kes accident yang patah2 tulang tu, sejauh mana oste blh membantu.
J6 : kalsium akan masuk ke dalam tulang dan mineral lain akan bantu tambah ketumpatan tulang. Sama macam keadaan biasa juga*

S7 : Ada kaitan ke makan Ostematrix untuk bantu lancarkan edaran darah dan bantu dlm hubungan suami isteri?Ada suami yang ambil dan dapat kesan 'mengeras' di bahagian sulitnya.
J7 : Positif atau negatif ni? Ya. Kalsium bantu utk kuatkan otot.*

S8 : boleh ke up kan dos pengambilan oste jika sakit gigi ketika hamil.
J8 : ya. Boleh up kan dos. Ambil Vita C jgk.*

S9 : Bagaimana Ostematrix ni bantu tido lena dan mudahkan pelawasan smpi org sembelit pun disarankan ambil Oste.
J9 : Kalsium diperlukan oleh otot manusia dlm setiap pergerakan. Jika orang tu stress, oste bantu utk relief contraction of muscle. Dia tidur lebih lena.*
*Otot di bahagian usus tu yg kawal pergerakan najis. Najis tu tak berubah. Tapi otot tu yg lebih mudah dikawal. Maka, senang membuang*  😃
Banyakkan ambil makanan byk serat.

S10 : Ada tak kesan sampingan jika oste diambil secara berlebihan?
J10 : Dah ramai pengguna Shaklee yg ambil lebih drp 4 biji/hari. Dah berpuluh tahun ambil. Mereka buat test, tiada masalah batu karang etc.*
*Shaklee ada landmark study utk pengguna yang dah lebih 20 tahun. Tiada masalah kesihatan.*

S11 : Bagaimana oste membantu dalam mengurangkan masalah gastrik.
J 11 : gastrik ni sebab acidity perut tinggi. Kalsium ni alkali. Ia akan meneutralkan perut. Ia juga legakan otot2 perut. Kalau gastrik, ambil Oste + ESP 👍👍👍*

S12 : Doc maklumkan kepada cust saya, ostematrix shaklee akibatkan batu karang, adakah sebarang kajian dari shaklee ttg ini?
J 12 : Mungkin doc maksudkan kalsium di pasaran secara keseluruhan. Rujuk gambar clinikal study/carta. Kalsium diserap oleh darah dan digunakan oleh badan. Kalau tak digunakan oleh badan, barulah ada masalah sperti jadi batu karang etc. Dalam kalsium Shaklee ada mineral lain yg bantu kalsium diserap sepenuhnya.*

S13 : Apakah vitamin yg TIDAK BOLEH diambil bersama-sama oste.
J13 : Semua boleh ambil. Makanan lain pun. Tapi elakkan ambil kafein serentak dgn kalsium.*

S14 : Jika hamil kembar, adakah ibu perlu upkan dos oste? Jika ya, brp?
J14 : Ya. Boleh upkan dos. Maybe 6 biji sehari.*

S15 : Brp biji Oste perlu diambil bg ibu yg bf & hamil pada waktu yg sama?terutama kalau x amik sumber kalsium yg lain.
J15 : Rujuk no 3*

ok..siap..kalau ada soalan lagi boleh tepek kat bawah ye...nanti AR usulkan hehe. So jangan lepaskan peluang sepanjang ogos ni. Beli 6 free 1, beli 2 dapat diskaun 5%.



untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading

10 August 2016

APA KATA AHLI FARMASI TENTANG SIMPAN UBAT DALAM PETI SEJUK

jangan makan ubat demam yang lama disimpan dalam peti ais
Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?


Mesti ada kan? 


Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

=====
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
=====

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan 'paracetamol'. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya?

Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml - 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 - 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

======
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
=====

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.

Pesanan ikhlas,

Rahman Baco, Pharmacist.
FARMASI AMALMEDIK

#rahmanbaco.my




Maaf la AR share artikel dari rahman baco ni bukan sebab apa..tapi sebab ternampak botol vivix kat situ. hehe...peti ais siapa kah? beliau kah? consume vivix kah dia? vivix memang kena simpan dalam peti air...hehe...ok bye!

Eh..tapikan bagus juga untuk peringatan kita kan..AR memang jarang simpan ubat demam dalam peti ais..kalau dah guna lepas demam tu terus buang je. kalau simpan pun sampai abis demam je. lepas tu dah xguna dah. ada medical kan...asal demam je pegi je la klinik ambil ubat. hehe. 




untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


Continue Reading

09 August 2016

SET HAMIL SHAKLEE

promo set hamil shaklee

Salam bakal mommies semua...ada yang tengah cari SET HAMIL SHAKLEE? meh AR nak bagitau...bulan julai - september shaklee ada buat promosi belian set hamil ni boleh dapat Jute bag yang sangat cantik ni tau. boleh la letak barang2 baby nanti. hehe...AR pun dah rembat 1 set. Maklum lah tak sabar nak rasmi beg tu. hahaha.

Set hamil shaklee ni mengandungi :-

-Bcomplex
-Vitalea iron formula
-Ostematrix
-Vitamin C
-ESP 
-Omega Guard 


Antara feedback yang selalu AR dapat dari set hamil shaklee :-

-Rasa Bertenaga
-Sembelit memang langsung xde..Lawas je
-Berat tak naik mendadak
-Hb alhamdulillah ok
-Kaki xcramp malam2

AR sendiri 100% makan shaklee tau untuk pregnant...Doctor pun memang take note dah kat buku "on shaklee" hehe..so apa2 ubat memang dia dah tak pelawa.siap pesan suruh makan vitalea iron 2 biji ye. sebab sebelum tu AR bgtau makan vitalea iron sebijik je...ahaks. 



untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading

08 August 2016

TESTIMONI SET GASTRIK SHAKLEE

masalah gastrik




"TERIMA KASIH SHAKLEE
😊💪
Yes. Nak share my own experience kena gastrik yg teruk. Sangat teruk! Budak office Isha je yg tahu macam mana teruk gastrik Isha
😂
Pukul 3 pagi tengah kerja midnight shift buat run audit utk hotel. Terpaksa colleague hantar Isha p clinic sebab dah tertonggeng tonggeng tahan sakit. Sampai je clinic, tudiaaa kena sedas injection. Grr!
Everymonth mesti kena p Watson beli 2 3 kotak Gaviscon. Kenapa 2 3 Kotak? Standby dalam handbag, dalam kereta, dekat rumah, dalam drawer office. Haa senang cerita semua tempat yg Isha selalu pegi la. Kalau takde or kehabisan stok mula laa menjajau tanya org sana sini ada Gaviscon ke tak. Ada satu kali siap call kawan 'tolong laa hantar aku Gaviscon satu, nak mati dah ni' pukul 2 pagi. Nasib kawan memahami terus hantar.
Sampai satu tahap. Gaviscon pun dah tak jalan and takde effect
😭
Jumpa doctor, sebab kerap sangat kena. Doctor suggest pegi Hospital besar buat scope. Haaa honestly Isha palinggg laa tak suka nak pegi hospital ni. Takut kena injection
😂
😅pernah kena operate 2 3 kali, time doctor nak bius, nak set branula aku ngelat mintak neb utk bius. *kelebihan student nurse dulu so doctor tak boleh la nak byk bunyi
😂

Bila dengar kena buat scope. Masuk wayar dari mulut ke perut masuk camera MEMANG TAKLA! Gigih cari supplement sampai jumpa ESP. Consisten minum ESP and consume Set Gastrik Shaklee. Alhamdullillah
👍💪😊
Memang ada perubahan. Sahur ESP pun boleh kenyang tanpa rasa pedih hulu hati sampaii la ke petang.
✔️Gastrik takde.
✔️Skin pun semakin cantik. 
✔️Jerawat hilang. 
✔️Duit jimat sebab supplement boleh tahan berbulan bulan. Dulu sekali pegi clinic tak sah kalau tak RM50.

Haah. Ni surat doctor suruh refer hospital yg sampai sekarang terkubur je dalam drawer bilik
😂
Siapa ada gastrik cubala try Set Gastrik Shaklee
😊
 HIGHLY RECOMMENDED!
😍
InshaAllah dengan izin Allah." - iSYA 

Alhamdulillah..suka AR bila baca feedback customer ke arah yang positif..dan AR sendiri nak share mak AR pun amalkan ESP sebab gastrik. bangun pagi memang perut mak selalu memulas dan pedih. sebelum ni nak buat kerja pagi2 memang kena rehat dulu lepas tu nak kena masak breakfast ambil masa sampai rasa tak selesa perut. Sekarang ni Alhamdulillah..bangun je terus shake ESP dulu alas perut. dann memang puas hati mak cakap..lunch lambat sikit pun xpe kalau dah minum ESP pagitu. 
Bagi uolls yang kronik atau memang ada masalah gastrik cubalah ESP sekurang2 nya. yang lain2 tu kalau ada lebih bajet baru tambah. In Shaa Allah dapat membantu masalah sakit perut atau gastrik uolls.

untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.


Continue Reading