Siapa pernah ambil epidural? hehe..macam AR anak first terpaksa ambil sebab bersalin ceaser. so nak taknak ikut je lah prosedur doktor. anak kedua dan ketiga tak ambil. konon kuat la...Alhamdulillah ok je. setakat anak ketiga tak ada pulak rasa sakit belakang teruk2 sampai nak salahkan epidural. tapi biasa la bila kita menyusukan anak pemakanan kurang zat atau kurang nutrisi tu yang banyak mengundang masalah kekurangan nutrisi. So kebetulan artikel ni lalu kat wall facebook AR terus la grab masuk blog. senang nak rujuk. uolls yang ada pengalaman boleh la ambil input jugak.
"Terbaru viral ialah perkongsian pengalaman seorang ibu melalui pembedahan caesarean dengan epidural anaesthesia. Boleh digambarkan betapa tersiksanya beliau dicucuk epidural, disumbat dengan tiub kencing, 'disiat hidup-hidup' dan hingga sekarang menderita sakit ditempat luka pembedahan dan sakit belakang.
Kejam sungguh doktor ya. Gelojoh sungguh nak menyelamatkan nyawa ibu dan anak yang lemas.
Selepas bersalin dicabut tiub kencing dan dipaksa berjalan pula.
Kacau daun betul doktor ya. Sibuk nak mencegah darah beku daripada masuk ke jantung dan paru-paru yang boleh membawa maut.
****
Epidural adalah cara pembiusan yang boleh digunakan sebagai penahan sakit selepas bedah ataupun sebagai cara pembiusan utama sewaktu pembedahan. Epidural juga sangat popular sebagai penahan sakit sewaktu kelahiran normal.
Jarum yang digunakan memanglah besar, iaitu sepanjang 8cm; namun ianya bukanlah dibenamkan selama-lamanya dalam tulang belakang pesakit. Ia hanya digunakan untuk mengesan ruang epidural supaya tiub halus yang disambungkan kepada ubat bius setempat (local anaesthetic) boleh diletakkan. Dah jumpa ruang epidural maka jarum itu pun dibuang.
Proses meletakkan tiub epidural selalunya mudah saja. Namun bagi pesakit obes atau yang bertulang belakang kurang fleksibel ianya boleh menjadi sukar dan memerlukan beberapa kali cubaan. Kerap kali sakit belakang selepas epidural dikaitkan dengan cubaan pemasangan epidural yang lama.
****
Namun benarkah epidural penyebab sakit belakang?
Sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi, malah terlalu ramai orang ada sakit belakang; tak kira jantina, tak kira pernah mendapat epidural atau tidak.
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin (1). Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang sama dalam kedua kumpulan (2). Ada kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural (3).
****
Sewaktu mengandung, perubahan hormon meyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang yang non-traumatic antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Ada juga pesakit yang dilahirkan dengan tulang belakang yang tak normal (scoliosis) maka lebih kerap sakit belakang.
****
Tak adil sebenarnya mengatakan epidural penyebab sakit belakang kerana bukan ibu mengandung saja yang mendapat epidural malahan pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan lain tak kira lelaki atau perempuan. Ramai sebenarnya yang amat berpuas hati dengan epidural. Ada pesakit yang sanggup bersusah payah mencari hospital yang ada pakar bius yang boleh menawarkan khidmat epidural untuk pembedahannya.
Cuba tanyakan ibu-ibu yang melalui pembedahan caesarean secara bius tidur tanpa mendapat epidural tentang kesakitan yang dialami selepas bersalin. Barulah anda bersyukur bahawa sakit anda tak berlipat kali ganda seperti yang mereka alami.
Saya sendiri bersalin 2 kali tanpa epidural dan 3 kali dengan epidural; saya sangat bersyukur dengan adanya ilmu penahan sakit yang diajarkan oleh Tuhan kepada manusia, maka dapat saya bersalin dengan selesa tanpa dapat sakit belakang.
Tak mahu epidural? Tak mengapa, itu pilihan, bukan paksaan.
Dr Hana Hadzrami
Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi
****
Rujukan:
1. MacArthur C, Lewis M, Knox EG, Crawford JS. Epidural anaesthesia and long term backache after childbirth. Br Med J, 1990;301:9-12.
2. http://bja.oxfordjournals.org/content/89/3/466.full.pdf
3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4050929/
Gambar hiasan dari Wikipedia"
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Untuk info lanjut atau pesanan
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.