Showing posts with label puri kentang. Show all posts
Showing posts with label puri kentang. Show all posts

11 September 2015

CARA-CARA MEMBUAT PURI KENTANG DAN PISANG UNTUK BAYI 7 BULAN

cara buat puri bayi

Harini AR nak share cara-cara buat puri kentang bersama pisang pulak..kalau omputih panggil potato and banana. hehe. Nayli suka la sangat bia dah habis menangis la pulak. xcukup..hehe.

Bahan-bahan
1 biji ubi kentang
1 biji pisang

kupas dan potong ubi kentang. kukuskan selama 15minit sehingga lembut. blend bersama pisang yang telah di potong. Maka siap lah puri kentang + pisang. 







Untuk 1biji kentang dan 1biji pisang ni AR boleh dapat 3 hidangan untuk Nayli. So simpan 2 ekor..1 ekor dah ngap itu pun Nayli dah tambah dah tadi. hehe

Kenapa pilih kentang?? Kentang kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi yang penting untuk tumbesaran bayi. Dalam piramid makanan dua biji ubi kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.

Buah pisang segar pula kaya dengan zat gizi, seperti kalium, kalsium, magnesium, fosfor, belerang, zat besi, dimana yang merupakan nutrisi penting yang diperlukan untuk awal perkembangan bayi. Kalium adalah nutrisi penting untuk menjaga fungsi otot dan untuk menjaga degupan jantung. Disamping itu, zat Besi diperlukan bayi untuk menjaga dan meningkatkan sel darah dan hemoglobin yang baik. Kalsium adalah mineral penting untuk perkembangan tulang, yang juga banyak ditemui dalam buah pisang. Paling penting ia mudah di cerna dan membantu mengatasi sembelit.

Alhamdulillah..semoga terus istiqamah untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk baby.




Untuk order shaklee dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik ) Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid 
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.






Continue Reading