Showing posts with label kadar bayaran passport. Show all posts
Showing posts with label kadar bayaran passport. Show all posts

07 October 2015

BUAT PASSPORT BABY DAN RENEW PASSPORT DI PEJABAT IMEGRESEN PUCHONG


renew passport di imegresen puchong


Hai uolls..Semalam satu hari tak ada kat rumah AR pergi renew passport AR dan Tina yang bakal tamat tempoh Dec 2015 dan buat passport baby Nayli di PEJABAT IMEGRESEN CAWANGAN PUCHONG. Pejabat ni terletak sebelah je dengan AEON BIG PUCHONG UTAMA.

Nampak tak gambar beratur tu...ini bukan fareeda ke, aidujuma atau sales vincci ye. hehe...dorang menang lagi la. Konon nya hari isnin datang pkul 3petang nak buat urusan renew dan buat passport baby tu kan. Memang tak dapat la jawab dia. so decide pergi buat semalam. Jam 7.30 pagi terpacak kat sini kita orang 3 branak. Beratur la sepanjang 10 buah pintu kedai.


Pkul 8 Jabatan Pendaftaran Negara pun buka lah..ada makcik datang (mbe cleaner jabatan kot)bagitau betul2 la 10orang belakang AR "no harini 120orang je..kalau xdapat nombor kena datang esok!!" Haaa debor la jugak kan dah datang pagi2 still xdpt nombor gak. Tpi Alhamdulillah 8104 kiranya orang terawal jugak la kan walaupun nombor 104 dari 120 hehe. So AR dapat 3 nombor untuk 3 orang (1 kepala 1 nombor). menurut pegawai yang bagi nombor tu kira2 nya nombor giliran untuk proses passport kita orang ni sebelah petang. Beliau pesan suruh datang sebelum pukul 3.

tak tau la shot ke berapa baru dapat gambar ni..hehe. baju baru beli.

Selesai beratur ambil nombor lebih kurang pukul 9. Breakfast roti canai kat mamak sebelah pejabat. Lepas tu kena pergi ambil gambar passport untuk Nayli. AR dengan Tina tak payah katanya sebab boleh duduk di kerusi untuk tangkap gambar masa buat nanti.


Bagi menghabiskan masa yang ada tu. Lepaking di Aeon boleh la ambil gambar passport Nayli dan cari baju gelap untuk dia. Kebetulan plak gi pakaikan baju putih semlam. Mendapat la kan. Tinggal kan Tina dan Yaya di Kidzoona. AR dan Nayli jalan2 dalam aeon. Cari baju gelap, tangkap gambar, urut2 kaki.(saje habiskan masa). Lepas makan, solat dan terus pergi ke imegresen Puchong balik.


nak dijadikan cerita..sampai je kat pejabat imgeresen Puchong tu hujan lebat. ambil masa la skit nak keluar keta kan. dengan baby nya dengan payung nya. huhu..lebih kurang pkul 3.10 AR smpai di pejabat. sampai je kat atas, (untuk passport di tingkat 1). letak punggung nombor yang tengah serve 8013, Selamber je AR cek nombor dalam beg ..eerkkk 8014? maknanya 1 nombor lagi la. Fuuh rezeki betul tak payah tunggu lama dan nombor tak terlepas. huwaaaa xdpt bayangkan kalau terlepas. 

Kaunter 13 : Proses renewal (tangkap gambar (kalau nampak ada kamera kat kaunter 13), chop jari apa semua tu lah)
Kaunter 12 : Kutipan passport yang dah siap (1jam selepas buat bayaran)
Kaunter 11 : Kaunter Bayaran 


Kadar Bayaran untuk passport sekarang ni dah makin murah. Dulu 5 tahun untuk dewasa Rm300.00. Sekarang ni Rm 200.00 je. Dann untuk tempoh 2 tahun dan dimansuhkan. So sekarang kadar bayaran nya tetap. 

Dewasa : Rm200.00
Kanak-kanak / bayi : Rm100.00



Buku merah jangan lupa bawa moga belum tamat tempohh...haa baru la boleh nyanyi lagu buku merah bila dah siap kan. hehe. Alhamdulillah. Pkul 4.30 dapat la passport kita orang bertiga. Yaya dan husband dah settle sebab tempoh tamat lambat lagi.

Alang2 tu meh AR share :-

PROSEDUR BUAT PASSPORT BABY 

1. Gambar passport (baju gelap)
2. Surat beranak asal

PROSEDUR RENEW PASSPORT

1. Kad pengenalan / surat beranak 
2. Passport lama

PROSES BUAT PASSPORT

1. Ambil nombor untuk proses passport
2. Tunggu giliran untuk proses membuat passport (renew / baharu )
3. Buat bayaran 
4. Kutipan passport ( 1jam selepas buat bayaran) - Jangan lupa ambil nombor untuk kutip passport.





Continue Reading