Showing posts with label flaming king crab the manhattan fish market. Show all posts
Showing posts with label flaming king crab the manhattan fish market. Show all posts

13 October 2015

FLAMING KING CRAB PLATTER DI THE MANHATTAN FISH MARKET

king crab flaming

Haa tu dia...tengok King Crab ni duk buat fashion show kat depan restoren The Manhattan Fish Market tu terus la husband AR serbu. Beliau tu memang hantu seafood. AR tengok pun gerun. Tapi haritu ada viral kat facebook pasal sorang mamat ni makan King Crab teringin la jugak nak cuba kan. Hehe..makan terlaksana lah sudah keteringinan tersebut. cerita weekend aritu la ni..saje je pergi jalan2 ikano. konon nak jalan2 window shopping. 




Yaya muka terkejut...nape la kaki crab ni besor sangat. AR makan 2 batang je kaki dia..bila dah gunting kaki2 tu kan..kuar la sebiji macam crab stick tu. untuk platter ni mengandungi  Ketam (sedap), Sotong goreng tepung (Sedap), ikan grill (sedap jugak), nasi (boleh tahan), dan sayur brocoli + carrot pun boleh tahan. hehe. 



Untuk anak-anak kita order flaming prawn. hmm..memang kenyang. anak-anak punya harus la tak habis bahagian nasi nya. itu pun husband dengan AR dah tolong mana patut. "tolong" tu memang tak tahan. sampai perut pun dah naik kembung.


Here The King Crab Finisher...hehe. comel semua nya perasan "queen". Yaya cakap ini untuk "queen" kan. ye la tu " queen crab finisher"


Makan King Crab harus la ada gunting ye tak..Apron tak sempat nak pakai pun. haha..melantak lagi penting. anak2 pun xprasan agak nya itu apron. so jadi la hiasan semata2. 

hmm...kalau nak cuba. better order 1 set flaming king crab tu je. memang kenyang dah untuk 2 orang. 3 orang pun boleh kot. ketam tu nampak je besar. tapi kalau AR makan sorang In Shaa Allah habis. haha. itu pun kalau tak ada nasi dengan yang lain2 la. 

Harga untuk King Crab sahaja Rm69.++ dan untuk Flaming King Crab Platter Rm99.++ sekali sekala boleh la. kang lain plak jadi nya kan. 







Continue Reading