Showing posts with label bayi lambat tumbuh gigi. Show all posts
Showing posts with label bayi lambat tumbuh gigi. Show all posts

28 July 2016

AKHIRNYA TUMBUH JUGA GIGI BABY NAYLI PADA USIA 15BULAN



Hehe..mak mana tak risau bila gigi bayi lambat tumbuh kan..lepas usia setahun gigi nayli tak tumbuh2..padahal cousin dia umur lebih kurang dia semua dah tumbuh gigi. Alhamdulillah akhirnya tumbuh jugak gigi nayli pada usia 15bulan.
.
Patut la 2 3 harini dia meragam sikit. Selalu nya baik la sangat nayli ni. Semua orang jeles dengan dia. Tambah2 kakak2 AR yang ada anak2 sebaya dia tadi. Alhamdulillah rezeki dapat budak bertuah ni.dari sejak lahir sampai sekarang memang senang sangat nak jaga. Demam boleh kata jarang sangat berbanding dengan kakak2 dia. Masa nak tumbuh gigi haritu AR perasan badan dia panas skit tapi aktif je. dan masa tu dia memang tengah selsema lepas balik dari johor. ingatkan demam selsema. Esok nya dah ok dah panasnya cuma malam tu dia ada meragam sikit tak boleh tidur. bergilir la dengan husband layan ragam dia.
.
Dah petang sikit baru perasaan ada sikit gigi tumbuh bahagian bawah. senyum lebar la mak nya. mana tidak sebelum ni kan risau dah setahun lebih pun belum tumbuh gigi. sebelum ni AR siap google lagi apa la masalah budak ni. hehe sebab kakak2 dia umur 6 7 bulan dah tumbuh gigi dah seiring dengan berjalan. tapi nayli usia 9bulan berjalan. gigi masih belum tumbuh. hehe

Hasil google n info di facebook rupanya memang normal je kalau baby lambat tumbuh gigi. So sini AR share apa yang AR jumpa.





Harini Nayli dah umur 17lebih bulan bersamaan setahun setengah dah...gigi ada la 4 ketul hehe...atas 2 bawah 2. Alhamdulillah. So dont worry ye mommy kalau anak lambat tumbuh gigi. hehe


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




Continue Reading