Hai korang..Harini AR nak share dengan korang pengalaman AR ke Shaklee Business Leader National Conference 2018 yang AR hadir pada hari sabtu lepas iaitu 3hb Februari. Setiap tahun Shaklee akan adakan event ni untuk memanggil semua leader yang aktif dan effective sepanjang tahun untuk menyampai kan dan membentangkan amanat mereka serta planning untuk tahun cycle yang akan datang. Biasa nya bulan Februari lah. Alhamdulillah tahun ni adalah tahun kelima AR di barisan leader. atau pemimpin Shaklee yang layak dan income 4 angka.
So korang yang suri rumah tu jangan pernah menyerah. Kita kat rumah tak semestinya kena duduk rumah je tau. Do something for your future. eh eh kesitu pulak. Ok sambung.
Pagi tu ada light breaksfast di luar convention centre. Sambil beratur untuk pendaftaran boleh jamah sikit untuk ber conference kan. Sedap pulak kuih lapis ni. AR hampir 6 7 ketul jugak habis. haha. Bihun goreng tak pandang pun. sabor je lah
Masing-masing sedang sarapan dan menunggu rakan-rakan pemimpin yang lain sampai sempat la posing. Alhamdulillah ini lah group yang selalu support AR tak kira macam mana keadaan pasti ada yang bagi semangat. Dalam 7 orang ni. 5 orang daripadanya adalah suri rumah yang memegang bonus 4 angka tau. 1 orang adalah doktor dan lagi sorang masih bekerja juga. ada ramai lagi tak sampai atau tengah busy untuk pendaftaran. hehe
Masuk je convention centre..dah sarapan telan Bcomplex 1 biji, Omega Guard 3 biji dan Coq Trol Plus yang dibekalkan oleh pihak Shaklee masa daftar tadi. Dengan tujuan untuk bagi tenaga sepanjang hari nak conference kan. Hehe apa pun AR memang salute sebab memang tak rasa mengantuk langsung. cergas lagi ada sampai ke malam.
Bayangkan AR sampai rumah dengan anak2 4 orang (singgah rumah mak dulu ambil anak2) tak rasa macam baru balik conference pun. Haih tak boleh jadi ni. Nak kena beli Coq Trol Plus jugak untuk diri sendiri. Pandai Shaklee buat marketing. haha
Sepanjang conference banyak yang Shaklee dah sediakan dan beri pada pengedar2 nya. plan untuk tahun 2018/2019 dan Shaklee juga umumkan reward yang bakal pengedar nya dapat jika capai stage tertentu. Antara nya..haha kena ke cakap ek. Cakap satu je lah ye...Percutian percuma ke Phuket dan Ke San Francisco secara percuma macam AR tahun lepas layak percutian percuma star cruise libra
So tahun ni kena la fight untuk ke Phuket atau ke US. waaa best nya. Sebenarnya tiket2 ni akan datang sendiri bila kita share share dan buat je apa yang mentor ajar. In shaa Allah.
Lepas dah dengar amanat untuk cycle 2018/2019 rehat dulu dan Shaklee dah sediakan lunch untuk semua. Makanan dia MasyaAllah sedap sangat. AR tak jamah nasi pun sebab tengok lauk2 dia sedap sangat. So ratah lauk je lah. Haha. Lunch dengan leader di bawah ZNZ Empire.
Dua orang ni lah yang tak pernah putus semangat untuk ikut AR dalam Shaklee ni. Mereka juga penerima bonus 4 angka. Dan kami adalah suri rumah yang menjana pendapatan dari rumah dengan Shaklee. Eh ada ke orang nak jemput suri rumah makan macam kat hotel secara percuma macam ni? ish..Shaklee ni. hehe.
Ini pinggan kedua dah tau. hehe..Makan banyak tak risau sebab dah telan omega guard pagi tadi. Ahakss
Hidangan dia memang ala2 hotel. Hotel 5 bintang ok. Sedap sangat. baby octopus tu 2 kali AR tambah. haha. Asam pedas pun marbeles. hik. citer pasal makanan pun panjang jugak ke. ahakss
Masa lunch tu kita wajib bergambar dekat sini. Bersama barisan pemimpin AR dan upline AR. Jacky. beliau datang dari jauh Terengganu tu sanggup turun tau. Memang sangat komited dengan bisnes Shaklee ni. Mana AR tak terpaut nak buat Shaklee bila tengok dia. Duk rumah pun income kepuk2 sape taknak kan.
Sempena Business Leader National Conference ni juga la Shaklee memperkenalkan produk skin care terbaru YOUTH. Waahh yang best nya. Shaklee bagi eksclusive purchase untuk semua pemimpin yang hadir hari tu tau. Diskaun sehingga 47%. ada banyak free gift lagi. So AR harus la tak lepas kan peluang nak grab skin care ni. Nak juga feel "Look Younger Longer" kan. (Nampak gemuk la pakai baju nih..haha. abaikan ye. yang sebenarnya AR kurus je. haha
Ada pameran dan tester kat sudut YOUTH. So sempat la test dari cleanser sampai la ke serum dan vitamin c dan e Youth. kat tangan je tau. tu pun dah rasa lain kat tempat test tu. terus tak sabar AR ni nak unboxing beg Youth sendiri.
Eksklusif untuk semua pemimpin yang hadir National Conference dapat payung YOUTH!! harus la posing bersama set Youth hakak. hehe
Ada nampak mummy happy tak? haha gila tak happy dah ku sambar 1 set untuk diri sendiri. Tak salah kot untuk reward diri sendiri kan walaupun harga nya sangat lah cun. hehe.
Yang pasti stok yang Shaklee pada hari conference tu sangat limited. Jadi semua pemimpin yang cuma layak beli 3 set seorang sahaja. Apa lagi kita penuh kan lah quota tu kan. Alhamdulillah ada yang berminat untuk beli. hehe So AR 1, dia satu, dia satu. haha
Nanti AR buat entry khas untuk produk Youth ni tau. Best sangat. tak sabar!!!!
Itu saje lah untuk Shaklee Business Leadear National Conference 2018 tempoh hari. Alhamdulillah dapat banyak manfaat untuk AR dan menambahkan lagi keyakinan bisness dengan Shaklee. Siap bawa turun saintis yang buat Youth ni tau. Motivasi juga dah meningkat. kalau tak tak tau la masuk blog ke tak event ni nih.hahaha.
Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )
Whatsapp : Ajuya Rashid
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.