Showing posts with label Resepi sup ketam. Show all posts
Showing posts with label Resepi sup ketam. Show all posts

20 November 2014

RESEPI SUP KETAM UNTUK DEMAM DENGGI

Assalamualaikum..harini AR nak share resepi sup ketam untuk demam denggi. orang tak demam pun boleh je makan kan...ni pun sebab AR teringin sangat nak makan sup ketam. kebetulan ada orang share kat facebook...teringin la plak. Alang2 tu..AR share dengan uolls plak.
Oh ye, sebelum tu...AR pun baru tau macam mana sup ketam boleh membantu orang demam denggi ni. Buat pengetahuan semua ketam mengandungi sejenis protien tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang disebabkan virus denggi.Pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.


Dengan pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.. So..Jom cuba sup ketam ini untuk mereka2 yang terkena demam denggi. Mana tau boleh membantu kan.

Bahan-bahan:

Bawang Putih, Bawang merah, Halia dan lada putih (dikisar)

Ketam 3 ekor
Sedikit minyak
Garam
Serbuk perasa
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang goreng


Cara - Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau, Kemudian masukkan sedikit air sehingga mendidih, masukkan ketam yang telah dibersihkan. Tambahkan air sehingga ketam tenggelam. Jangan terlalu banyak air..cukup sekadar separas dengan ketam. Nanti kurang pula rasa manis ketam dan sup untuk pesakit hirup kan.


Taraa...lepas dah siap..hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Orang tak demam berselera sungguh makan. Kalau demam AR xpasti..hehe..tapi kalau dihidangkan panas2 In Shaa Allah laju je masuk tekak orang demam tu.



Nak tau supplement Shaklee yang membantu untuk masalah denggi ni boleh tengok kat SINI.


p/s : AR tak jual sup ketam ni tau...AR share resepi je...AR jual Shaklee. kalau nak kena buat sendiri ikut la resepi tu. hehe



Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading