Seronok ye semua lepas dapat rentas negeri, sakan update Sana sini pergi bercuti. Tak kurang juga yang pergi berkelah dan buat BBQ dengan family. Kakya pun sempat la 2 trip bawa anak-anak mandi kolam. Hehe kena pandai pilih tempat percutian yang tak ramai orang musim-musim ni. Alhamdulillah sekurang-kurang nya dapat juga keluar sekejap ambil angin luar kan.
Siapa pernah dengar rempah diet Paparoger ni. Sebenarnya rempah ni abang ipar Kakya punya resepi perapan untuk menu diet dia. Sebab tu nama dia rempah diet. Dia turun 20kg kau diet guna rempah ni. Kita tak diet ni pun boleh je nak makan, tapi boleh la tambah garam sikit dan lemon. Kalau nak bagi basah sikit boleh tambah minyak. Kalau orang yang diet guna minyak zaitun. Gaul dan perap selama 1 jam boleh la nak ber bbq. Masuk air fryer pun boleh lagi la senang kalau kat rumah.
Antara bahan-bahan yang kita gunakan di dalam adunan rempah diet paparoger ni ialah
- Paprika
- Oregano
- Lada hitam
- Bawang Putih
- Serbuk Cili
Ada juga yang bagi feedback perap tak sampai setengah jam pun dah sedap. Kalau perap semalaman lagi la power rasa dia eh.
Resepi dan cara masak ayam BBQ menggunakan rempah diet paparoger ni ialah :
- Ayam / daging / kambing / seafood / ubi kentang / sosej
- Garam secukup rasa
- Perahan lemon
- Minyak masak / Minyak zaitun
Perap selama 1 jam, dan boleh di bakar mengguna kan air fryer atau non stick pan. Boleh juga di goreng menjadi ayam berempah. Rempah paparoger juga boleh digunakan sebagai tambahan masakan di dalam telur, cendawan goreng celup tepung atau mengikut kreativiti masing-masing.
Seronok baca cerita Puan Atul ni... Husband dia suka betul dengan rempah paparoger. Boleh baca cerita beliau kat sini https://www.atulhamid.com/2021/09/resipi-ayam-bakar-diet-sedap-dan-mudah-dengan-rempah-diet-paparoger.html?m=1
Nak tengok lagi banyak review dan feedback boleh tengok kat shopee.. search je paparoger kat shopee. Keluar semua agen dan dropship yang jual rempah paparoger. Dan pengambilan agen dan dropship juga masih dibuka.
So korang yang ada plan nak pergi berkelah, pergi holiday nanti ada sesi BBQ boleh la cuba Rempah Paparoger ni. Tak payah dah pening-pening nak fikir nak perap dengan apa kan. Tabur je rempah paparoger, garam sikit, perah lemon, masukkan sedikit minyak..Gaul dan perap. Sampai masa boleh la ber BBQ dan rasa macam profesional. Pekena dengan sos black pepper lagi la padu rasa dia eh. Hehe.
Untuk dapatkan Rempah Diet Paproger ni korang boleh ke website paparoger www.paparogerhq.com ni atau social media paparoger :-
Facebook : https://www.facebook.com/paparoger.hq/
Intagram : https://www.instagram.com/paparoger.hq/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@dearinsr?
wasap : www.wasap.my/60126102263
Atau boleh terus ke Shopee https://shp.ee/gmp93it