Showing posts with label My 5th Pregnancy Journey. Show all posts
Showing posts with label My 5th Pregnancy Journey. Show all posts

23 January 2019

FIRST CHECK UP KEHAMILAN DI ANDORRA WOMEN AND CHILDREN HOSPITAL



Minggu lepas AR pergi buat first check up kehamilan di Andorra Women and Children Hospital.  Sebenarnya keputusan untuk bersalin di Andorra ni banyak sebab. Salah satu nya lebih dekat dengan rumah baru AR. Untuk makluman AR dan keluarga baru sahaja berpindah ke Bandar Kinrara. Sebelum ni AR check up di KPMC Puchong.

Masa mula2 dapat tahu hamil tu memang niat nak ke KPMC je sebab memang dah selesa kat sana. Malang nya masa pertama kali check up kat sana memang dengan doktor perempuan. Tapi doktor tu hanya available hari-hari tertentu sahaja. 

AR tak pasti status nya macam mana. Mungkin hanya part time sahaja. So AR tanya untuk bersalin nanti adakah dengan beliau. Jawapan nya adalah tak pasti. Kalau kebetulan beliau ada In Shaa Allah beliau la yang akan uruskan. Kalau tidak ada seorang doktor lelaki yang memang full time kat situ. So 50 50 la kan. Haih tak boleh jadi ni.. Itu yang lepas je pindah AR teruskan check up ke Andorra je alang2 nak cari doktor perempuan kan. 

Yang best nya setiap kali lalu hospital Andorra ni mesti dalam hati lepas ni nak beranak kat sini lah. Hehe. Rupanya memang cantik bila masuk kat dalam. Layanan staff staff nya juga sangat mesra dan baik. AR ambil appointment pada sesi petang. Alhamdulilah tak ada orang. Masa AR sampai hanya ada 1 patient sahaja. Dan masa menunggu juga tak lama. Tak sampai 1 jam semua urusan siap. 

Untuk first check up ni kandungan AR dah berusia 25 minggu bersama doktor Yulianty. Sangat soft spoken dan senang dengan beliau. Orang nya pun lemah lembut je. Waduhh. Sangat detail orang nya, masa scan setiap inci baby dia terangkan. siap bibir dan hidung, buah pinggang baby normal, jantung Alhamdulillah normal. Memandangkan masa datang tu dah 25 minggu doktor syorkan untuk terus buat ujian darah.


Untuk kos bil check up pertama kalinya di Andorra berharga Rm320.00. Dan layak untuk dapat voucher Rm30.00 diskaun di Andorra by Chef Zubir restoren. Haaa AR tak sempat nak lepak kat sana lagi pun dah pukul 4 nak kena balik ambil anak-anak sekolah pulak. Time pukul 4 pun tak rasa lapar lagi kan. Nampak nya masa lain nanti kena datang time lapar sikit. hehe baru la boleh menikmati masakan chef zubir kita. waduhh teringat-teringat steak dia masa makan dekat Laman Grill Chef Zubir. Voucher ni untuk mereka yang spend minimum Rm200 di Andorra Hospital sahaja yang layak. 



Untuk order produk Shaklee secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW  ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti BANDAR KINRARA, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, TAMAN PUNCAK JALIL dan BUKIT JALIL  boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading