Showing posts with label Mengawal kolesterol. Show all posts
Showing posts with label Mengawal kolesterol. Show all posts

23 September 2014

ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULA JADI DENGAN FITOSTEROL


 
Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah anda:
  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.
Oleh yang demikian, bagi melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.
 
 
Walaupun paras kolesterol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya demi melindungi kesihatan anda.
 
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air.
  • Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.
  • Kurangkan berat badan berlebihan.
  •  Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi. 


Memperkenalkan PHYTOCOL-ST Shaklee

Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari

PHYTOCOL-STTM Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

Keistimewaan Shaklee: 

  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
 
 
Bertindak Bijaklah Hari Ini, secara Semula Jadi! dengan SHAKLEE

 
Bagaimana Fitosterol bertindak?
 
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda.
 
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d1657a2a444be6101eba0bb5b2cea8e9
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 









Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  



 
Continue Reading

06 February 2013

Kebaikan mengamalkan Minyak ikan / Fish oil



Mesti kalau uolls dengar omega je teringat nutrien untuk otak kan...omega bukan untuk otak je tau, banyak lagi kebaikan Minyak ikan / Fish oil  ni...ngeee...masa tengah cari-cari info paal omega terjumpa ini...lupa plak kat mana...tapi boleh la untuk pengetahuan uolls..
Image google

  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan - Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.
  •  Menjaga Kesihatan Kardiovaskular  - Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.
  • Mencegah serangan stroke dan serangan jantung - Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.
  • Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan - Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.
  • Mengurangkan Depresi dan Psikosis - Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).
  • Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder  - Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder) dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.
  • Menyokong kesihatan mata - Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)


Sumber : google je...


Bulan February adalah bulan promosi bagi Omega Guard Shaklee..Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan minyak ikan terbaik ni...hubungi saya bila-bila masa sahaja.harga menarik menanti anda. ada yang dah grab Buy 6 free 1 terus tau sangat berbaloi...sebab ianya sesuai untuk seisi keluarga...dari anak, suami, isteri, tak lupa ibu bapa di kampung. 

untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
sms / whatsapp :  012-610 2263
Continue Reading