Showing posts with label Buka akaun tabung haji di bank islam. Show all posts
Showing posts with label Buka akaun tabung haji di bank islam. Show all posts

07 September 2017

BUKA AKAUN TABUNG HAJI DI BANK ISLAM

akaun tabung haji

Korang...jangan kecam tau. haha.. punya la segan nak buat entry ni. tapi nak jugak buat. Tak tau la segan kenapa. Segan sebab baru nak ada akaun tabung haji kot. dah 30an kot umur AR. Tapi takpe..masih belum terlambat kan. 

Nak share jugak pengalaman buka akaun tabung haji kat Bank Islam ni. sebab AR percaya masih ramai kat luar sana tak tahu bahawasanya Bank Islam adalah salah satu agent Tabung haji. So boleh la buka akaun kat sana uolls. Haha AR pun baru tau sebenarnya kalau tak tau bila la nak buka akaun ni. Sebab dari anak first lagi nak gi buka akaun Tabung haji. Sudah nya gi buka ASB kat pejabat pos je. Tabung haji tak tau kemana sebab AR duk pikir memang kena pergi Tabung haji lah. kuikui. 

Hamik ko sekali 5 buku kaunter tu buka kan. 1 untuk mak dia, 4 untuk anak2 nya. Dokumen untuk buka akaun dewasa IC dengan lesen je uolls. Untuk anak2 pulak kena la penjaga yang sah atau ibubapa. Surat Beranak asal anak dan IC beserta lesen ibu untuk pengesahan

Tak sampai 1 jam dah siapp...Kebetulan Bank Islam Putra Heights tak ramai orang. So laju la AR pergi buka akaun. hehe. 

Tak semestinya kena ada duit Rm1300.00 untuk daftar haji tu baru boleh buka akaun tau. Minima Rm2.00 je pun. Tapi untuk anak2 AR duit raya tahun ni. haha baru nak pi buat. itu la sebab memang niat nak buka akaun tabung haji. Sudah nya tak pergi2 jugak. Lepas dapat tahu boleh buka di cawangan bank Islam baru la terkedek2 nak pergi buat. Lepas ni untuk tambah tak payah pergi kaunter pun. Online pun boleh. Nanti2 baru nak godek2. 

Bye... ;)





Continue Reading