Showing posts with label Buat Passport baby di imigresen kelana jaya. Show all posts
Showing posts with label Buat Passport baby di imigresen kelana jaya. Show all posts

10 October 2017

BUAT PASSPORT BABY DI IMIGRESEN kELANA JAYA


buat passport di kelana jaya



Bulan Ogos haritu sempat la curi-curi masa pergi buat paspport untuk baby Haris. Alhamdulillah..masa AR sampai ke Pejabat Imigresen Kelana Jaya tu dalam pukul 3 petang. Sempat lagi ambil nombor. Masa pergi kaunter nak ambil nombor..Saje tanya ada lagi nombor harini..ada banyak lagi ajak ramai-ramai buat kata pegawai imigresen tu..haha..perli ke apa tu.

Tapi memang tak ada orang pun. kadang nak gi buat passport malas sangat bukan apa. fikir kan kena beratur nak ambil nombor la apa la kan. Tapi tak sangka rezeki haritu. So uolls yang nak buat passport pergi la hari bukan musim orang nak pergi bercuti. atau hari tengah-tengah macam hari rabu  atau hari khamis. Cuma baby memang ada nombor khas kalau masih ada nombor pada hari tu. tak perlu tunggu lama. Haritu pun AR renew kan skali passport yaya. 

So masa nak buat passport baby ni uolls hanya perlukan Salinan surat beranak baby, Surat beranak asal, salinan kad pengenalan ibu. Gambar passport tak perlu cuma baby kena pakai baju berwarna gelap. Nanti guna kamera pejabat imigresen terus masuk sistem masa di kaunter. untuk baby ada la teknik pegang nya nanti sebab nak bagi nampak kepala dia je kan. hehe

di imigresen kelana jaya


Tadaaa dah siap passport Haris. Lepas je proses ambil gambar di kaunter..bayaran untuk passport baby Rm100.00 untuk 5 tahun. Lepas bayar di kaunter pembayaran boleh tunggu 45minit-1 jam untuk passport siap. Tepat pukul 5 siap la passport Haris. 





Continue Reading