Showing posts with label Akaun ASb kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Akaun ASb kanak-kanak. Show all posts

08 November 2021

Buka akaun ASB anak-anak di Bank Islam, Putra Heights

Cara buka akaun asb anak di bank islam
Alhamdulillah, minggu lepas Kakya berjaya ke Bank Islam untuk buka akaun ASB anak-anak. Hehe, sebenarnya ia adalah satu kejayaan besar bagi Kakya. Maklum la Haris dah 5 tahun, Amyra dah 2 tahun. Huwaa...Akhirnya berjaya juga ye. Itupun sebab kebetulan ada urusan di Bank Islam. Kalau tidak tak tahu bila pulak la ye. Sebenarnya Haris dah ada Tabung Haji itu tak rasa urgent sangat. Amyra pulak alasan PKP. Banyak urusan tergendala kan sepanjang PKP. Jadi bertabah la kita.


Untuk buka akaun ASB kanak-kanak ni senang je. Isi borang yang disediakan (boleh minta kat kaunter bank) Dokumen yang diperlukan ialah. 

  1. My Kid
  2. Surat beranak asal
  3. My Kad penjaga
Proses untuk Kakya buka akaun 2 orang anak ni ambil masa hampir 1jam. Berdiri la kau kat kaunter tu. hehe sebab buka 2 akaun sekaligus kan. Lepas tu maklumat Kakya sendiri kena update sebab ada buat pertukaran alamat terbaru juga. Kalau duk lama kat kaunter tu kan pandang la sikit orang belakang. Mesti tak puas hati apa la dia ni buat lama sangat kat kaunter tu. muahaha (macam selalu buat je, mesti bengkek)

Lepas je selesai buka akaun ASB anak-anak tu. Boleh la cuba buka akaun Maybank korang tu bagi yang ada apps Maybank2u. Lepas ni senang nak top up duit ASB anak-anak. Tinggal transfer sahaja dari akaun Maybank. Suka lak tengok nama anak berderet2 ni. Bagi laluan kat mak anak ramai ni ye. 
ASB Online

Ini ada lah paparan didalam Maybank2u. Haa senang kan nak tengok jumlah simpanan anak2. Kita pun lagi semangat nak menabung untuk dorang, Tapi Kakya takde la konsisten sangat menyimpan untuk anak-anak. Harap duit raya je kira setahun sekali wajib lah. Kalau ada rezeki lebih dan fikir ni rezeki anak-anak ni. Baru la masukkan sikit sorang. Tujuan nya untuk kegunaan mereka di masa hadapan nak sambung belajar kan.Kalau umi ada rezeki lebih lagi tak usik pun tak pe. Simpan lah untuk emergency. Itu je konsep simpanan ni. Kalau masuk akaun umi semua rasa nya umi perasan duit banyak syok lak shopping ek sana sini. hehe. 

Ada lagi pending sebenarnya, So kita note kat sini. 2 orang dah ada SSPN ( Tina, Yaya yang lain belum lagi, yang ni boleh buat online tapi kenapa la taktau susah sangat ye umi.hehe). Tabung Haji (Amyra sorang je takde lagi. Nak buat sekali masa buka akaun ASB tempoh hari macam dah lama sangat ambil masa, tu fikir datang lain kali lah) lain kali tu bila tak tahu lah. In Shaa Allah semoga umi hampa rajin menapak untuk masa depan ampa ye. 

Apa2 pendirian yang mak mak pegang, menabung la kat mana pun asalkan menabung. Sikit-sikit lama jadi bukit. 


Continue Reading