26 January 2018

MENANGI PERCUTIAN PERCUMA DENGAN MENYERTAI TRAVELOKA CNY 2018 CONTEST



Hai uolls, AR nak share ni. Tau tak Traveloka sedang menganjurkan peraduan " Traveloka CNY 2018 Contest

Peraduan ni akan berlangsung dari 22 Januari hingga 28 Februari 2018. Banyak masa lagi uolls nak join tau. 

Peraduan ni adalah berbentuk game atau permainan animasi je "Amini Game" uolls hanya perlu login dan menyahut cabaran dalam games tersebut dengan mengutip mata tertinggi. dan 3 pemenang akan dipilih. 

Cuba lahhh..AR dah cuba. Tapi tak nak la cakap...bukan kaki game. hahahahaha berapa kali cuba asyik terhempas je kapal terbang AR. Tapi ok la score tertinggi 225 uolls. Dan lepas main game tu uolls jangan lupa share kat facebook ada hadiah untuk yang share di facebook juga. Maksimum hanya 5 kali. dan hadiah dia Rm1,000.00 untuk 2 pemenang. weeee...teruja sangat nak join lagi.

Sini AR share syarat kelayakan penuh peraduan Traveloka CNY 2018 Contest adalah seperti berikut :-

1.Kelayakan
  • "Traveloka CNY 2018 Contest" terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas (sehingga Januari 2018) yang kini tinggal di Malaysia, tetapi tidak termasuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat Traveloka Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, pengiklanan / agensi PR dan pembekal.
  • Penyertaan dari peserta yang berumur 18 tahun (sehingga Januari 2018) disifatkan telah mendapat persetujuan ibu bapa yang diperlukan.
  • Peserta mesti membaca dan memahami Terma & Syarat sebelum menyertai peraduan tersebut.


2. Tempoh peraduan
  • Tempoh Peraduan akan dijalankan dari 00:00 dari 22 Jan 2018 hingga 23:59 PM, 28 Feb 2018 ("Tempoh Peraduan"). Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan jika dianggap perlu tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

3.Arahan Permainan
  • Memulakan permainan.
  • Ketik anak panah untuk bermula.
  • Sentuh skrin sekali lagi untuk membolehkan kapal terbang anda terbang dan memulakan permainan.
  • Sentiasa berada di tengah-tengah skrin sehingga set pertama bangunan dan halangan muncul.




Sini AR tunjuk cara bermain (eceh macam dah terer sangat)..Lepas uolls klik link contest..uolls akan pilih login facebook. lepas je klik login uolls terus akan ke screen untuk mulakan game. Jangan lupa baca 'terms and condition" sebelum memulakan permainan. 

Cara bermain dengan klik anak panah untuk bermula. Sentuh skrin sekali lagi untuk memboleh kan kapal terbang anda terbang. dan mulakan permainan dengan hanya perlu pastikan kapal terbang anda tidak terhempas dan melalui beberapa halangan. 

Pemain dikehendaki mengumpul 'ang pow' untuk mendapatkan mata tambahan.Uolls Jangan terbang terlalu tinggi atau terlalu rendah tau peluang untuk kapal terbang uolls jatuh sangat tinggi kalau terbang terlalu atau terlalu rendah tu. Jadi berhati-hati lah dan sentiasa berada di tengah-tengah untuk melalui halangan-halangan yang akan muncul.Best..Selamat mencuba! 

Ini score yang tertinggi AR pernah dapat. ada sape berani nak challenge boleh la cuba. haha...Bagi AR better uolls main game ni dengan handphone je lagi senang nak kawal kapal terbang uolls tu kot berbanding bermain menggunakan pc atau laptop. 


Bila dah dapat result. Hanya share di facebook untuk peluang menang voucher dari Traveloka. dan pastikan juga anda mendaftar untuk menyertai peraduan ni.

4. Peringkat Kelayakan
  • Peserta dikehendaki mempunyai yang berikut untuk menyertai Traveloka CNY 2018 Contest
  • Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah kepada orang ramai untuk menyerahkan penyertaan permainan mereka.
  • Peserta hendaklah menjadi pengikut  Facebook Page Traveloka Malaysia.
  • Peserta dikehendaki menyertai Cabaran Traveloka CNY 2018 di laman web yang disediakan oleh Penganjur.
  • Peserta perlu mengisi butiran mereka di halaman pendaftaran yang disediakan oleh Penganjur.
  • Peserta boleh berkongsi maksimum 5 kali sehari.
  • Peserta dikehendaki mencapai skor tertinggi; hanya tiga pemenang utama yang akan dipilih untuk tiga (3) Hadiah Utama
  • Peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan berkongsi Cabaran  Traveloka CNY 2018 Contest di Facebook. Pemenang akan dipilih secara rawak.
  • Kegagalan mematuhi perkara di atas akan mengakibatkan kehilangan kelayakan peserta dan tidak layak untuk memenangi hadiah.

5. Hadiah untuk peraduan ni adalah seperti berikut
  • Pemenang Hadiah Utama akan memenangi perjalanan ke 6 hari 5 malam di Seoul (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.
  • Tempat kedua akan memenangi perjalanan ke 5 hari 4 malam di Phuket (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.
  • Tempat Ketiga akan memenangi perjalanan ke 4 hari 3 malam di Langkawi (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.

Dan jangan lupa ada hadiah untuk mereka yang berkongsi   Traveloka CNY 2018 Contest di Facebook iaitu dua (2) baucar Traveloka RM1000. Terdapat hanya dua (2) pemenang di mana setiap pemenang memenangi baucer Travel (1) RM 1000 Traveloka.


Untuk info lanjut uolls boleh layari terus ke laman web rasmi Traveloka . So jom kita cuba challenge ni. mana tau rezeki CNY. ahakss. AR pun nak join nih. kot la dapat ke Korea percuma tiket penerbangan dan penginapan. Untuk dua orang tu. 


Continue Reading

09 January 2018

SINGGAH DI TOK AMAN BALI BEACH RESORT


Cuti sekolah bulan 12 lepas AR and family balik kampung. Singgah la di Tok Aman Bali beach Resort ni semalaman. Haha sempat singgah ek padahal kampung tak sampai 30km dah dari Tok Bali. Nak balik Bachok je pun. Tu la husband titew kalau tak menyinggah tak sah. 



Papa tengah berurusan Check in dorang posing kat lobby..ada la ala2 bali skit, Muka tak sabar dah nampak kolam. 


Masa ni nak keluar makan malam. 


Bilik ni dilengkapi 1 katil king..dan sofa panjang tu boleh tina tidur situ. hehe. Malam nya rapat kan ke katil boleh la 2 orang tidur. lain2 susun la kita orang atas katil tu. haha. 


View dari bath tub. boleh tengok tv sambil berendam ek. hehe


View belakang bilik mengadap tasik. Tak pasti tasik apa.


Luas sangat bilik ni. senang haris nak pusing2 test kaki. maklum la baru boleh berjalan. 


Peti ais. takde apa pun letak air mineral bagi sejuk je. hehe..jarang jumpa hotel yang sediakan bakul baju kotor kat bawah tu. yeke bakul baju kotor. ahakss. Buka pintu..jalan sikit ke depan dah nampak pool dia. 




Bilik air pun luas. Kakak pergi mandi kolam..2 beradik ni berendam kat bilik je lah. sambil tengok tv.


Masa nak pergi breakfast jumpa pulak buaian ni. haaa menyinggah la dulu. umi dah lapar ni. 


Menu sarapan pagi tu nasi minyak. pelik jugak AR nasi minyak makan dengan gulai ikan tongkol. ingatkan nasi dagang. Budak2 makan koteow goreng dan koko krunch.


Lepas sarapan pergi main taman sekejap sebelum terjun kolam 



Malang nya gelongsor air tutup. huhu baru nak main gelongsor2 masuk air ek kakak. Kakak la muka frust. tapi ok je janji boleh berendam.



Umi mandi sekejap je, sejuk..masa ni musim hujan kat pantai timur so cuaca pun mendung je air kolam lagi la sejuk. ngeee...budak2 apa heran. 



Lepas mandi kolam kelaparan. order chicken chop. Kakak tina suka sampai nak tambah. agak murah kalau kelas hotel. Japgi papa balik beli nasi makan tengahari dah. so alas perut je lah.


Dah petang sikit ajak pergi play room. Hmmm macam hidup segan mati tak mau je. hehe. Tapi boleh la untuk isi masa lapang kita orang. papa keluar jumpa kawan. haih.

Papa balik jumpa kawan.turn umi pulak nak "me time". ahakss

TOK AMAN BALI SPA


Orang pompuan kalau dapat masuk bilik ni mesti suka sangat2 kan. hehe. Sementara ada masa petang tu. AR sempat la amik pakej "aromatherapi massage" seingat AR rate dia Rm140 untuk 1 jam. 


Masuk spa terus rasa suasana relax dan bau aromatherapy.


Laluan ke bilik urut. 


Jacuzi dan sauna pun ada..Kalau duduk sini lama2 mesti AR dah try ni jugak. haha. Berangan..Tapi cik abang bagi masa 1 jam je. haha..Si kecik tu tak boleh tinggal lama2 masih menyusu badan kan. 


Alhamdulillah..Best manjakan diri di Tok Aman Bali Spa ni. In shaa Allah kalau ada masa nak datang lagi. hehe. Kalau balik kampung dan boleh singgah lagi kan. 







Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.





Continue Reading

03 January 2018

PROMOSI JANUARI ~ OMEGA GUARD SHAKLEE MURAH

omega guard shaklee murah

Hai uolls, harapnya belum terlambat untuk AR ucapkan selamat tahun baru 2018. cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bertambah setahun lagi usia kita. 

Anyway AR nak bagitau ni bulan januari ni Shaklee buat promosi Omega guard bersemmpena tahun baru la kot. hehe. 

beli 3 botol omega guard dapat diskaun 5%. Jimat hampir Rm21.00 dengan pembelian 3 botol. Bekalan untuk 3 bulan bagi dewasa. (90 biji) Lebih dari 3 bulan untuk kanak-kanak. So boleh la beli untuk penggunaan seisi keluarga kan. Boleh la jimat kan. 

Sini AR recall balik manfaat utama omega guard shaklee.

7 Manfaat Utama Yang Diperolehi Dari Omega Guard
 
1. ASID LEMAK omega-3 merupakan asid lemak yang penying yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditkarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada muncul andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

2.  MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan sakit jantung.

3. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. ia penting terutamanya pada 3   bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu  mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah  penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

4. MENINGKATKAN SISTEM  IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5. MENENTANG KANSER
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu boleh mencegah kemusnahan enzim yang mebentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7. MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )



Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




Continue Reading