30 July 2015

SUNAT ATAU KHATAN ANAK PEREMPUAN



Assalamualaikum..haa semalam AR baru bawa Nayli pergi sunat (berkhatan). Dari hari kehari xigt sokmo. Sampai la sekarang umur baby Nayli dah lima bulan lebih nak masuk enam bulan awal bulan lapan ni.

Kalau ikutkan anak AR yang dua orang tu semuanya sunat kat kelantan. Sebab balik kelantan terus pergi klinik yang ada sediakan berkhatan baby. Tapi kali ni asal balik kelantan je xigt nak pergi. Pastu bz la..smpai la dah lepas raya ni xtau bila pulak la nak balik kelantan jwab dia haa. So terpaksa la cari klinik kat KL ni.

Pernah skali AR tanya dekat Klinik Putra Heights kat notis depan ada je letak notis berkhatan anak lelaki dan perempuan. Ciss bila tanya buat utk lelaki je. Baik turunkan notis tu bikin panas je. Hehe

Last2 AR pergi kat seri kembangan area taman equine sana ada satu Poliklinik An-nisa. Pergi tanya tu terus boleh buat. Alhamdulillah la dah lepas amanah utk sunatkan Nayli. Sebenarnya ada orang cakap xwajib pun sunatkan baby girl kan. Tapi memandangkan semua anak2 AR sunatkan dan AR fikir itu adalah amanah kita sebagai ibubapa untuk menjaga maruah nya. 

Kat sini AR ada jumpa dari blog Ustaz Zaharuddin

"Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .
:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya."




Masuk je bilik doktor nak buka pampers si kecik ni pergi berak pulak..kena la tukar kan pampers dulu. hehe...lepas je cuci nurse letakkan krim untuk bagi kebas. kena la tunggu kat luar sekejap 15minit. lepas tu terus sunatkan. sekejap je. sambil ambil perhatian Nayli. Doktor pulak sunatkan dia. 

Kalau dulu senang je bidan kampung pun ada datang sunat kan..tapi skarang ni susah naak cari bidan kampung. tu yang tiga2 anak2 AR sunat kat klinik. Lagi senang rasanya. dan lepas je sunat doktor letak ubat luka. Alhamdulillah xde plak Nayli meragam harini.




Untuk order produk Shaklee secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW  ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan

Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

4 comments:

  1. Alhamdulillah, lega bila anak perempuan dah siap khatan kan. hihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..klu x asik teringat je xbuat lagi.

    ReplyDelete
  3. Ramai ibu2 muda yg tak tau, bagaimana prosesnya, apa yg dipotong atau sunat sekadar buat syarat aje.
    Cerita la sikit bagi info utk pengetahuan semua.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..nak tanya berapa kena caj khatan bayi perempuan?tq

    ReplyDelete