KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.
JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran
haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi
wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga
yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30
hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah
haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana
ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia
perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk
mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di
dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada
fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah
akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung.
Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi
semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran
yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya
disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil
Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh
sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun
melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil
fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada
sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin
menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan
berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok
Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari pertama.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk
bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana
ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah
secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari
daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal
bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya
tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar
boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama
period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi
masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda
berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada
kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang,
iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan
zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan
yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap
seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari.
Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,
atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu
berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan
zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke
11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan
sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Haaa tu dia..AR jumpa info kat atas di facebook..lalu kat wall terus copy paste masuk blog untuk info bersama. maaf sangat tak tahu nak bagi kredit pada siapa.
Haaa tu dia..AR jumpa info kat atas di facebook..lalu kat wall terus copy paste masuk blog untuk info bersama. maaf sangat tak tahu nak bagi kredit pada siapa.
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
0 comments:
Post a Comment