15 February 2013

HATIKU TERUSIK DEK BENDA KECIK JE

Tengahari ni nak buat luahan hati skit....pagi tadi buka fb macam biasa. tapi terpana dengan post seseorang. kecik je tapi...
Seseorang itu yang dikenali...walaupun dia tak tujukan khas untuk saya...tapi saya adalah insan yang terlibat dalam dunia Vitamin C, Dunia MLM....sudah pasti terkesan juga kat saya..postnya berbunyi begini

"suke baca iklan2 yg memasarkan produk2 dari MLM...yg lucu tu baca testimoni depa....kononnya mkn ni leh kuwus...mkn tu leh cantik kulit....xpnh dgr pon zaman nenek moyang kite mkn 1000 biji oren boleh cerahkan kulit...mcm2 ideologi extravaganza yg kuar dr iklan2 cmtu....sudahnye kite lah yg ssh pyh kuar duet bli itu ini semata2 nk cantik or langsing....endingnye....hahah tuhan je taw...renung2kan...". 

Saya taktau apa motif dia...tapi saya terpanggil untuk mengulas sedikit sebanyak tentang perniagaan MLM yang saya ceburi ini. Sebelum ini saya tak tau pun SHAKLEE adalah MLM..sebab saya mula kenal SHAKLEE dari sahabat baik saya sendiri.Beliau cuma sharekan info produk kebetulan saya sedang mencari supplement untuk diri sendiri.saya hubungi beliau..dan mendapatkan konsultansi... 2 minggu saya konsisten guna saya dah rasa perubahan...kawan-kawan di pejabat pun tanya saya ambil apa tu?sebab sentiasa ada kat meja ofis. saya beritahu...mereka pun nak cuba...saya kumpulkan semua dapat la join member free sebab belian saya melebihi RM680.00 lebih. Lepas dah join...saya masih tak tau peluang yang ada kat SHAKLEE.lepas tu ada seorang sahabat nak jadi ahli juga..saya hubungi sahabat saya dan saya pun tanya tanya ada apa-apa kelebihan ke kalau dapat member untuk jadi ahli?Selepas itu baru saya tau..SHAKLEE adalah MLM...tapi ia tidak berdasarkan HEAD HUNTING(seperti yang disalahguna oleh pihak  skim cepat kaya)...Its about PRODUCTS, Its about LOVE, its about TRUST, the products speak itself. saya percaya SHAKLEE boleh selesaikan masalah yang saya hadapi.Alhamdulillah...sebab tu saya rasa nak share dengan semua orang kat luar sana saya ada amazing products. Syarikat SHAKLEE kukuh dah 50tahun lebih dah...tak perlu nak citer panjang-panjang. Saya mula study marketing plan...betul..ia bukan sistem piramid...ia adalah individu effort...kalau anda usaha anda dapat...saya percaya saya dah buat pilihan yang tepat untuk diri saya. 

Yang post kat fb macam kat atas tu...biar lah dia dengan dunia dia..saya amat mengenali insan ini...cuma saya tak nak dianggap saya memaksa kawan-kawan kat luar sana.Kami bercakap berdasarkan bukti, testimoni yang betul, kajian yang dijalankan adalah benar belaka. Betul,hanya Tuhan yang tau, Tuhan tahu apa yang bakal terjadi kat kita..tapi kita boleh mengubahnye..."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri"..kalau diri kita tak percaya saya rasa tak perlu nak mempengaruhi orang lain. sebab banyak pihak yang akan terasa. saya tak pernah ajak orang join SHAKLEE...tapi bila mereka dah rasa kesan nya...ia  adalah dengan sendiri orang datang untuk menjadi sebahagian kleuarga SHAKLEE. 

1 comment:

  1. Orang2 mcm tu mmg byk, duit dia blom kuar pon utk try produk tp bunyi je lebih.kalau blom try n blom rs ksnnya, dia tidak layak bersuara..

    Pekakkan telinga ajuya! Dia yg rugi, kita x rugi..good luck!

    ReplyDelete