26 August 2013

Tanda-Tanda Awal Bersalin

set berpantang shaklee


Assalamualaikum..Harini nak share info tanda-tanda awal hendak bersalin...hehe..sebab masa saya bersalin anak first memang taktau. sampai la lambat ke hospital. Tak pasal-pasal kena buat pembedahan sebab baby sudah tidak aktif dan berak. Bila nak bersalin anak kedua laju je pegi hospital sebab dah tau kan. Ok..Bagi mengelakkan uolls juga melalui macam saya meh baca ni..



1. Keluar darah atau lendir


Ini merupakan tanda awal bersalin. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin. 


2. Kontraksi


Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.


3. Air ketuban pecah


Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.


Amaran!!!


Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.


Bila dah mengalami ketiga2 tanda diatas...terus pergi buat pemeriksaan doktor..Pemeriksaan rutin yang dilakukan apabila anda hendak bersalin :-


1. Vaginal examination


Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.


2. Cardiotopograph


Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.


3. Pemeriksaan tekanan darah


Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.


4. Palpation


Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.




Proses kelahiran



1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm


Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:

Senyap (latent)

Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.


Aktif

Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.


2. 10 cm sehingga bayi keluar


Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.


3. Uri dikeluarkan


Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.


Info

Ubat membuang najis


Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital. 

Sumber : http://pama.karangkraf.com

Dapatkan info set berpantang / bersalin anda disini 

set bersalin / berpantang shaklee







Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan
Continue Reading

23 August 2013

Testimoni Set Slimming / Kuruskan Badan Dengan Shaklee



set slimming shaklee

Testimoni Set Slimming / Kuruskan Badan Dengan Shaklee ini datang daripada Puan Musliana di Group Customer2 Shaklee. Kami distributor sangat kagum dengan perubahan dialami nya. Maklum lah..bila bdan besar kerja-kerja pun susah nak buat...pergerakan terbatas kan. Jom tgk apa kata beliau..

""Shaklee merubah impian menjadi kenyataan......Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah" Puan Musliana

Jom cuba untuk kuruskan badan dengan supplement shaklee...Tak perlu ragu semuanya semualajadi dan selamat.

set kuruskan badan shaklee







Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan





Continue Reading

22 August 2013

Pengedar / Agent Shaklee Di Alor Setar, Jitra, Changlun, Bukit Kayu Hitam





"Assalamulaikum...Saya pengedar Shaklee di Alor Setar,Jitra,Changlun, Bukit Kayu Hitam.. Untuk COD anda boleh la hubungi saya Fini (sms 0174268488), pm di facebook Nor Shafini Ismail. Antara produk yang disediakan adalah Set hamil, Set pantang, Set Penyusuan, Set kesihatan optimum, Set Kesihatan optimum, Set alahan / resdung / alergi , Vitamin untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi hanya yang terbaik dari Shaklee. "

Alhamdulillah...Makin lama makin bertambah pengedar-pengedar Shaklee dibawah bimbingan saya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk secara cod.boleh la menghubungi Shafini ye. Shafini kini aktif di laman facebook. Jika tidak keberatan boleh add friend dengan nya.


set pantang shaklee




 

Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan
Continue Reading

19 August 2013

Punca Bersalin Secara Caesarean


set pantang pembedahan


Punca-punca caesarean adalah berpunca dari bayi atau ibu. Jika anda sedang diberi pilihan untuk memilih bersalin secara normal atau caesar yang mana menjadi pilihan?? saya dah mengalami pengalaman caesar untuk anak yang pertama. Alhamdulillah...anak ke 2 lahir secara normal.

Punca daripada bayi 
 - Saiz besar ~ Berat bayi yang melebihi 4kg 
 - Lemas ~ Diketahui melalui pemeriksaan aktiviti jantung bayi iaitu CTG.
 - Kedudukan ~ Songsang 
 - Cacat ~ Khusus untuk bayi yang mengalami masalah hydrocephalus.
 - CPD ~ Cephalopelvic disproportion tulang punggung ibu kecik dari kepala bayi.
 - Pembesaran terbantut ~ Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan 
 - Kembar ~ Bergantung kepada kedudukan bayi. Masih boleh bersalin normal..kecuali kembar yang lebih daripada 2. 

Punca daripada ibu 
 - Proses pelahiran panjang ~ jika lebih dari 7 jam..bantuan kelahiran atau pembedahan akan menjadi pilihan. biasanya 3cm - 10sm bukaan.
 - Masalah uri ~ Placenta praevia, placentaa abruption dan sebagainya perlu menjalani caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkan 
 - Masalah kesihatan ~ Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung yang tidak terkawal sewaktu hamil. Masalah kesihatan ini akan menjadi lebih buruk jika bersalin secara normal.
 - Pembedahan lebih daripada 2 kali ~ Bimbang parut pembedahan yang lalu akan pecah dan koyak.
 - Rahim pecah ~ Beranak banyak kali, pernah buang fibroid, atau yang menggunakan pencetus kontraksi seperti air selusuh berasaskan herba berisiko untuk mengalami rahim pecah. jadi pilihan adalah caesarean.


Semoga bermanfaat atas perkongsian ini...untuk mendapatkan set pantang shaklee boleh la hubungi saya. saya sesuai untuk bersalin secara normal atau pembedahan. 

set bersalin shaklee







Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan
Continue Reading

15 August 2013

Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh

Nak luka bersalin cepat sembuh?? Harusla dapatkan set bersalin shaklee...hehe...xde lah...petua ni saya ambil dari Majalah Pama. So boleh la kongsi dengan semua. 
set bersalin shaklee


Nak tau kenapa Zinc Complex ada dalam set bersalin shaklee sebab untuk cepatkan luka bersalin cepat sembuh lah. sbb ia kaya dengan zinc yang terkandung dalam ikan haruan. malah ia lebih baik dari ikan haruan.
"Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.- menu ni la yang paling sedap masa dalam pantang..hehe
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5.  Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus."

Dapatkan Set Hamil, Set Berpantang, dan Set Penyusuan Shaklee dengan harga istimewa dari saya. Hubungi saya ye....

set bersalin shaklee





Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan
Continue Reading