04 October 2019

SENARAI HARGA TERKINI PRODUK SHAKLEE 2019

harga ahli shaklee

Senarai Harga Terkini Produk Shaklee Tahun 2019

harga produk shaklee

harga set produk shaklee
harga ahli produk shaklee
senarai harga shaklee

harga produk skincare shaklee


harga produk shaklee





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading

01 October 2019

PROMOSI OKTOBER ~ OSTEMATRIX SHAKLEE MURAH

harga ostematrix


Hai korang, sukacita AR nak maklumkan bahawasanya bulan Oktober ni Shaklee ada promosi Ostematrix dengan belian 3 botol korang akan dapat diskaun 5%. Jimat Rm12.00 untuk bekalan 3 bulan ni. ihikss...best kan. bagi korang yang memang peminat tegar dan pengguna pil kalsium yang sangat bagus untuk kesihatan tulang kita ni boleh la order sekarang. Kat bawah ni AR share siapa yang memerlukan Ostematrix ni ye. Wajib la cuba untuk mereka-mereka yang baru nak cuba tu, tengah murah ni bila lagi kan. 

Siapa yang perlukan ostematrix shaklee


  1. Untuk mereka yang sembelit
  2. Bekalan kalsium untuk ibu mengandung 
  3. Insomnia - membekalkan kalsium dan magnesium yang mencukupi dengan memberikan tidur yang lebih lena.
  4. Mereka yang bekerja berat - ostematrix membantu menguatkan tulang
  5. Mereka yang mempunyai masalah senggugut
  6. Ibu menyusu


Berikut adalah manfaat lain untuk ostematrix 



  1. Bantu kurangkan gastrik 
  2. Bantu imbangi atau kurangkan stress
  3. Ringankan simptom PMS
  4. Meningkatkan penyerapan nutrien 
  5. Bantu mengurangkan migrain
  6. Atasi lenguh dan sakit badan 
  7. Bantu tidur lena 
  8. Atasi masalah kekejangan otot
  9. Kurangkan risiko osteoporosis
  10. Menguatkan tulang dan gigi

Antara 3 sebab kenapa mereka suka kan Ostematrix 


  1. Lawas
  2. Senang bangun pagi, badan rasa segar 
  3. lenguh dan sakit-sakit badan hilang 


Salam Sayang, 
Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara



Continue Reading

02 August 2019

VIVIX SHAKLEE MURAH!


Harga Vivix shaklee

Hai...ada berita gembira untuk peminat Vivix Shaklee ni tau, kalau korang nak tau sepanjang bulan Ogos ni Vivix Shaklee harga murah gilerr. mana tak nya beli 6 botol dapat percuma sebotol (bernilai Rm475 secara percuma). Buat belian untuk 2 botol pula korang akan dapat diskaun sebanyak 5%.

Haa meh kita kira harga sebenar Vivix ni. Dari harga ahli hingga lah harga diskaun ye. 

HARGA VIVIX
VIVIX : BUY 6 FREE 1 @ RM2280.00

Beli 6 percuma 1. Retail Price Rm2850 (kalau nak borong yang ni..Kakya cadangkan korang terus la daftar keahlian sebab dah tentu layak daftar ahli dengan belian ni tau) so harga untuk 7 botol Vivix hanya lah Rm 2280.00. Nampak tak berapa jimat dengan belian promo buy 6 free 1 ni. 

VIVIX
VIVIX : BUY 2 @ 5% DISKAUN RM722.00

Uih banyak sangat la nak beli 6 botol + 1 botol Vivix...Takpe boleh order yang set twin pack. Beli 2 botol Vivix dapat diskaun 5%. So dari Rm902.50 harga retail. Korang boleh dapat dengan harga Rm722.00 layak juga untuk daftar keahlian. sangat la jimat kan. Time macam ni boleh la orang macam Kakya ni nak order Vivix. Hehe

Bila lagi nak merasa minum minuman ajaib ni dengan harga murah. Sini Kakya share sedikit sebanyak kebaikan produk Vivix ni. 

Banyak sangat khasiat dia.. Kalau nak cuba ikhtiar boleh la cuba dengan Vivix ni. In Shaa Allah dapat membantu menstabilkan serta memperbaharui sel-sel badan. 

Kalau tempoh promosi dah habis harga sebenar sebotol Vivix Shaklee ni Rm475.00. Beli 2 botol layak percuma keahlian dengan harga Rm760.00. Jika berminat jangan segan silu untuk hubungi Kakya ye. Terus je tekan link whatsapp. Pos adalah percuma, penghantaran percuma sekitar Bandar Kinrara.

Updated 11 Mac 2020.. Belian sebotol Vivix dah layak dapat free membership Shaklee tau. Jika anda berminat untuk dapatkan Vivix ni dengan harga murah. Terus daftar ahli dengan harga ahli Vivix hanya Rm380 sahaja. 


Baca juga : 



Salam, 
Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara 


Continue Reading

01 August 2019

PENGALAMAN BERSALIN DI ANDORRA WOMEN & CHILDREN HOSPITAL SERI KEMBANGAN



Hai semua, memandangkan ramai yang tanya tentang bersalin di Andorra tempoh hari. Kakya share kat sini ye. Jangan jemu untuk baca. Hehe..Maklum lah anak yang kelima dah. Tapi pengalaman yang berbeza disetiap kelahiran. Tambah-tambah dapat peluang bersalin dekat Andorra pulak.

Malam tu pukul 3 pagi Kakya start contraction 5 minit sekali. Rasa boleh tahan lagi ni, tak kuat sangat pun. So tunggu la lepas subuh, lepas selesai anak2 pergi sekolah baru la husband hantar ke hospital.

Sesampai je kat Andorra Kakya disambut oleh mak guard (guard wanita). Hehe..husband drop je di pintu utama. lepastu pergi cari parking. Mak guard tanya sakit ke? Boleh jalan tak?.. Boleh.. (sengaja nak jalan bagi bukaan cepat). Lagipun dekat je registration counter dengan pintu utama.

Lepas register tak sampai 2 minit terus ditolak masuk ke emergency room untuk cek. Alhamdulilah pukul 7.50am bukaan 3cm. Contraction pun agak kuat. Terus hantar ke labour room.


Masuk je labour room.. Tenang je. Kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-quran di speaker. Lepas dah setup semua. Brifting untuk suami isteri. Semasa dan selepas bersalin (1st time.. Walaupun anak kelima). Nurse membaca kan doa untuk permudahkan urusan. Dibekalkan juga makanan sunnah seperti kurma dan kismis. Sempat la jamah kurma sebiji, dan kismis.

Sambil cek CTG selamber je ketik2 handphone update kat family. Siap family suruh fokus untuk push. Masa sampai ke labour room nurse cek progress dah 4cm. Pukul 9.45 pop air ketuban pecah. Terus semua bersiap sedia sebab dah 7cm. Nurse sentiasa ingatkan cara bernafas, bacakan doa Nabi Yunus.. Biasa la kita bila tengah sakit memang tak ingat dah semua tu. Tau nak push je 😂

Baby di tempat di bawah warmer 

Doktor datang je terus push..nurse tunjuk jantina baby..dan ingatkan ucap Alhamdulilah. Kalau tak memang nak tidur terus. Masa tengah jahit luka episiotomy pun nurse sentiasa tenangkan. Sambil tu nurse bantu suami untuk azankan dan tahnik baby.


Proses transfer ke wad.. On the way ke wad..mata terpegun je tengok. Aku kat hospital ke hotel ni. 😂. Ayat suci Al-quran kedengaran di wad juga.

Gambar Google : 4 bedded ward

Kakya ambil package 4 bedded punya. Ini gambaran nya..dan Kakya di katil A, berhampiran dengan tandas. Alhamdulillah senang dan dekat untuk proses ke tandas.




Disediakan 1 kerusi boleh laras untuk tidur, haa sempat beliau melelapkan mata sekejap maklum lah penat jadi tukang sorak kat sebelah orang bersalin..hehe. lepas tu balik rumah jaga anak 4 orang pulak.haha. 


Semua pun nak naik atas katil umi..ye la nak..umi taknak cakap apa-apa, maklum lah baru dapat adik baru takut terasa kang kita marah-marah. hehe...Troli baby pun tak nampak dah.


Maaf la ini je gambar katil sebenar yang sempat snap. hehe baju salin pun campak situ, masa ni tengah bersiap nak discharge. Kakya dah salin baju untuk balik.

Masuk je wad rasa macam kat rumah je. selimut patchwork kot lapis atas selimut hospital. Feel macam kat rumah.

Kakya masuk wad pukul 12. Ngam waktu lunch.. Terus dihidangkan dengan hidangan dari team chef Zubir. Makan tak ingat pantang dah. Lapar kot baru lepas bertarung. Hehe... Dah la sarapan ESP dengan kurma je sebelum admit. Tak sempat nak sarapan contraction dah makin kuat.

Menu : Ikan + sayur campur + kek choclate moist

Alahai teringat choclate moist dia, actually tak ingat nama sebenar dia. haha. Tapi rasa sesudu terus bersudu2 Kakya ceduk sampai habis. 

Petang nya nurse assist untuk ketandas buat pertama kalinya selepas bersalin. Walaupun suami ada kita dinasihatkan untuk panggil nurse. Takut tumpah darah ke apa..dan semua nurse yang buat kan. Sambil ajar jaga luka dan kebersihan di kawasan luka.

Baju dan selimut baby guna hospital punya je..baju kita pun boleh nak tukar banyak mana pun. Ada staff nurse nama Mak Yam selalu datang peluk cium. Bagi info breastfeeding dan bacakan doa kat dada kita.


Makyam sedang ajar cara menyusu dengan betul, ala-ala tok nenek kita. walaupun anak kelima kadang Kakya rasa ish ada lagi yang aku tak tahu rupa nya. Thanks a lot untuk tunjuk ajar Staf nurse semua.



Tidur lena malam tu.. Pukul 5 pagi baru baby bangun menyusu. Pukul 8 ada nurse datang nak mandikan dan urut. Mula2 macam xnak tapi nurse pujuk jugak suruh mandi. Haha. Malas nak bangun sebenarnya. Plan nak mandi kat rumah je balik nanti.

Masa mandi semua nurse buatkan.. Siap urut-urut belakang badan. Dan ajarkan cara letak ubat luka. Itupun dorang buat tau. Segan jugak tapi kalau tak taktau pun sebelum ni main hentam je. Nasib baik sembuh juga luka kan. Lepas mandi pun diurut lagi dari kepala, perut dan kaki. Fuuhh segar sikit rasa pagi tu. (ada disediakan juga fullbody massage, sediakan fulus je, untuk yang free ni sikit-sikit sudah..hehe). Walau apa pun first time juga ni dapat urut kat katil hospital, kalau tak tunggu la tukang urut datang rumah.

Fresh flower sampai dulu dari sarapan. 

sarapan bubur + choclate panas + jus oren by chef zubir
Sarapan bubur ikan, nurse yang urut tadi sediakan air suam untuk telan zinc complex. siap cakap makan zinc dulu kan sebelum sarapan. sebab zinc ni kena telan sebelum makan. eh eh tahu pulak dia. haha.  

Lepas mandi dan urut sambung tidur sambil tunggu doktor datang cek. Alhamdulilah xde bengkak ke apa. Dah boleh balik. Tunggu baby pulak untuk disahkan oleh doktor boleh balik ke tak.

Ini menu dinner, kakya request ikan, maaf la lupa nama menu


Kek tiramisu, erghh layan gak


salad sedappp..hehe

Lepas je makan tengahari, proses discharge. 



Menu makan tenghari nak check out, request ikan juga, repeat order kek choclate moist. 2 beradik hantu choclate bagi dorang lak rasa.



Sibuk nya nak bawa umi dengan baby balik rumah.



Sambil tunggu papa ambil kereta sempat bergambar kenangan dengan nurse, hantar sampai ke pintu kereta dan lambaian terima kasih. hehe. 

Antara cenderamata yang dapat semasa discharge, beg purple dengan isi kandungan yang sarat. hehe



Flusk air, mandian baby, stokin ibu, selimut baby, mandian ibu 

dan towel kuning tu..Al Quran dan baju persalinan tak termasuk ye. hehe



Sekian lah serba sedikit PENGALAMAN BERSALIN DI ANDORRA WOMEN & CHILDREN HOSPITAL DI SERI KEMBANGAN dari Kakya. Jutaan terima kasih buat semua staff Nurse Andorra. 

oh ya Kakya juga ada menerima lawatan dari team Home Visit Andorra, mereka datang pada hari ke 8 kat rumah. Cek luka dan pastikan semua dalam keadaan baik. Tunjuk ajar cara menyusu dengan betul juga cara pam susu dengan betul. Sangat mesra.


Dah baca? 
Pengalaman Bersalin Di KPMC, Puchong


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil





Continue Reading

05 July 2019

PROMOSI JULAI ~ BELI 3 VITAMIN C DEWASA SHAKLEE PERCUMA VITAMIN C KANAK-KANAK


Korang, ni nak bagitau bulan ni shaklee buat promosi beli 3 botol vitamin c dewasa, dapat percuma sebotol vitamin c untuk kanak-kanak. Best ke tak best? Boleh la beli share dengan nsahabat handai atau keluarga terdekat. Dapat la cuba vitamin c untuk kanak-kanak, orang dewasa pun boleh makan tau. sebab ia mengandungi 100mg vitamin C berbanding vitamin C untuk dewasa tu 500mg vitamin C.

Jom kita tengok apa lagi keistimewaan vitamin C Shaklee ni.

Sustained Release Vita-C Plus


  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran 
  • Diperkaya dengan 120mg boflavonoid sitrus untuk meningkatkan lagi keberkesanannya 
  • Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif contoh nya gastrik.
Harga Runcit : Rm97.50

Chewable-C Plus



  • 100mg vitamin C dalam setiap tablet chewable
  • Ditambah dengan bioflavonoids, serbuk rosehips dan hesperidin
  • Rasa sitrus yang enak 
Harga Runcit : Rm 51.25


Untuk bulan Julai ni sahaja, dengan pembelian 3 botol vitamin C untuk dewasa dengan Rm292.50 korang akan dapat percuma sebotol vitamin C untuk kanak-kanak yang bernilai Rm51.25 secara percuma. Nak jimat lagi kena la daftar ahli. hehe. Roger AR tau 



Untuk order produk Shaklee secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW  ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti BANDAR KINRARA, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, TAMAN PUNCAK JALIL dan BUKIT JALIL  boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading