19 September 2015

7 MANFAAT VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE

vitamin e untuk awet muda


  1. Melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
  2. Mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. 
  3. Membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
  4. Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
  5. Membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
  6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Testimoni Vitamin E

testimoni vitamin E


untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

18 September 2015

SANGKAYA COCONUT ICE CREAM ~ NUTS ABOUT COCONUTS


Adush...teringat la pulak dekat Sangkaya Coconut Ice Cream ni. Masa pergi makan dekat IOI City Mall haritu topping tak banyak dah nuts skit je. Hamik la tabur yang tu je. tak di refill pulak dorang ni. tak kan kita nak bgtau. segan la jgk. hehe




yaya ni cerewet skit kalau nak rasa benda baru. tapi tengok bersusu2 gak dia makan haritu. 

Nanti bosan2 boleh pergi lagi hokey. cuti sekolah lepas ni lagi senang nak pergi sebab kakak tak sekolah. hehe. 



Continue Reading

17 September 2015

BIRTHDAY PARTY ANAK ASMAWI BAKIRI


Last weekend AR berkesempatan pergi ke majlis sambutan hari lahir Qisya (anak perempuan Asmawi Bakiri - Bekas pemain kebangsaan). Mula2 tengok tuan rumah tu macam familiar..laa patut la macam penah tgk. duk bercakap dalam astro arena rupanya. Rupanya memang kawan husband selalu main bola sesama dan 1 team.



Seronok la anak2..Dorang buat dekat kawasan kolam renang di rumah dorang ( Puri Ayu Condominium). Macam best la jugak tak de la kat dalam rumah tempat terhad kan. Kalau buat outdoor macam ni tetamu pun bebas tambah2 dengan anak2 yang tak reti duduk diam. Ada Clown lagi datang menghiburkan kanak-kanak. Kek Bertema kan My Little Pony. Lepas je potong kek Birthday girl hilang ke dalam pool. hehe. AR jamah sekit2 je makanan haritu. Bihun goreng dengan Satay 2 cucuk. kira skit la tu kan. dah tu baru lepas makan tengahari kot. pkul 3 baru lunch. Pkul 5 pergi birthday party.


 Kalau yang dah biasa datang tu siap bawa baju lagi boleh mandi kolam. tp AR pun tak tau la macam ni. Anak2 teringin la jugak nasib baik ada taman permainan boleh la alih perhatian dorang.

Nampak tak kasut yaya dah tercabut tapak...haha..bukan main laju dia kayuh nak buai laju2. sekali tapak kasut tercabut. Maklum la pakai kasut kakak turun temurun gitu la jadi nya. hehe. nasib baik boleh pakai lagi sampai ke kereta. 



Continue Reading

16 September 2015

CHAR KOAY TEOW SG. DUA TELUR AYAM DIBASUH, TAMAN PUNCAK JALIL


Assalamualaikum uolls..semalam punya citer AR bawa mak dan adik2 makan di Char Koay Teow Sg,Dua. Katanya Telur Ayam Dibasuh. Dekat je dengan rumah mak dekat Taman Puncak Jalil. Kalau orang Puncak Jalil kalau tau Mymydin haa senang la nak cari belakang Mymydin tu je. Husband balik lambat kerja AR pun alang2 dah ada kat rumah mak siang tu uruskan pengeposan stok Shaklee terus la dinner dulu sebelum balik rumah. Balik rumah tak payah nak fikir makan dah kan. hehe. amik untung maaaa


Ini baru tak sampai separuh tau family AR. adik beradik 10 orang haa kira sendiri la kalau termasuk ipar duai. sebab separuh la AR berani bawa. hahaha. 


Teh Tarik @ Teh ais dia memang buat AR teringat2 tu yang ada peluang je mesti nak pergi. tapi malam tadi AR order teh tarik dan orderkan untuk Tina Teh ais...Boleh la rasa 2 3 sedut. sedut pun panjang tu. hehe..Konon diet ambil yang kecil je. dorang semua order pinggan besar. padahal tak banyak beza pun. Tapi dorang ni dah order yang besar pun siap nak tambah lagi. suruh order lagi xnak pulak. 



Cili Jeruk dia...memang puas hati. besar2 bila makan dengan koay teow tu mak aih terasa je bila gigit. gulp boleh tak telan air liur masa type ni. hehe.



Senang je menu dia kan...jual Char koay teow je pun. Beza yang kecil dan besar Rm1.00 kalau special tambah telur mata Rm0.50 je. murah kan. kalau tempat lain mana dah nak cas telur sebiji 50 sen.



AR tak pasti kenapa nama dia Char Koay Teow Sg Dua. mungkin tokey dia asal sg dua kot. atau sg dua memang terkenal dengan char koay teow kot. hehe boleh lak main kot kot. nak tanya maluuu. Tapi dorang ada gantung keratan akhbar pasal dorang. Tak sempat nak baca sempat snap je. Masa kitrg dtg memang xramai orang lagi sebab lepas je azan maghrib semua terus solat dan datang ke sini. so mungkin sebab tu kot. Masa nak balik baru la dah sedikit penuh. 

Wajib pergi cuba bagi peminat char koay teow ok..memang terangkat. hehe.pekena dengan teh tarik @ teh ais. 





Continue Reading

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 52



Assalamualaikum everybody...hehe..harini everybody la plak. Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 52. Alhamdulillah Semoga Negara kita terus aman makmur dan bersatu padu.


Semoga kita juga dari dalam diri sendiri sentiasa bersemangat dan membebaskan diri dari belenggu kemusnahan. apa la aku cakap ni. hehe. Tak pandai nak formal2 sebenar nya. Tapi itu lah hakikat nya. Bersatu teguh bercerai kita roboh. 



Continue Reading