Hai hai hai...hehe konon macam chef la kan siap nak share resepi padahal baru je beberapakali buat kek batik ni seumur hidup. padajal mudah je.haha. Yang seronok anak2 AR la yang paling teruja sebab masa open house kat rumah mak haritu adik AR ada buatkan kek batik. Tina suka la sangat katanya boleh pulak dia mintak kek coklat macam kat umah nenek yang maklang buat tu. So umi dengan bangga nya cakap nanti kita buat ye. Bahan lain ada dah..Serbuk coklat je umi xbeli lagi. Dah cakap macam tu tiap kali keluar mesti pesan suruh beli coklat. Siap tanya yang macam mana..cadbury ke, kit kat ke atau yang macam mana umi? huh...coklat yang masak punya bukan yang boleh makan terus tu.
Bahan-bahan :
1. Biskut Mery (ikut la brand apa pun)
2. Butter 1 buku
3. Susu pekat 1/2 tin (ikut rasa nak manis atau pun kurang manis)
4. Milo 250g
5. Sedikit serbuk coklat
Lepas je umi siap beli bahan semua kuar kan kuali dorang pun hangkut la kerusi duk ngadap kat depan chef adeh. Mula-mula masukkan Butter cairkan di dalam kuali yang panas, lepas tu masukkan susu pekat manis kacau sehingga rata, masukkan sedikit air.
Agak dah sebati masukkan milo sedikit demi sedikit kacau jangan sampai berketul..last skali masukkan serbuk coklat dalam 5 sudu. kalau nak pahit sikit letak la lebih. Nampak dah sebati kasi rasa la..pahit ke manis ke boleh tambah ikut suka hati. hehe
Dah siap coklat nya..baru masukkan biskut mery yang terlah dipatahkan gaul hingga rata. masukkan dalam bekas untuk di lenyekkan. hehe. maka jadi la kek batik versi kanak-kanak rebina. Sedap sangat tina cakap. Bawa pergi sekolah kawan-kawan siap suruh bawa lagi esoknya. haih..suka la budak2 kan boleh buat kek sendiri. Alhamdulillah. Enjoy....
Lepas makan kek ni jangan lupa telan omega guard atau lecithin ya...agak menggemukkan disitu. hehe.
untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Untuk info lanjut atau pesanan
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.