06 November 2014

PROSEDUR RUTIN SEMASA BERSALIN DI KPMC PUCHONG

Assalamualaikum bakal2 ibu...Buat pengetahuan semua AR dah mengambil keputusan untuk bersalin anak ketiga ni di KPMC Puchong. Memandang kan anak pertama AR pun bersalin disana dan juga lebih dekat dengan rumah. Jadi husband pun bersetuju untuk AR bersalin disana nanti. Sebelum bersalin tu kena la baca prodesur2 yang hospital tetapkan kan...So AR nak kongsi kat sini untuk catatan sendiri dan pengetahuan bakal2 ibu yang akan bersalin di sana juga.
  1. Proses bersalin anda akan dipantau oleh doctor pakar & jururawat bidan. Semasa hendak meneran bayi keluar, seorang lagi jururawat akan dating membantu doctor & jururawat bidan.
  2. Hanya suami dibenarkan masuk menemui isteri dibilik bersalin.
  3. Tidak dibenarkan mengambil video dan gambar sehingga proses bersalin selesai.
  4. Pasangan anda dialu2kan untuk menemani anda sepanjang tempoh bersalin hinggalah bayi selamat dilahirkan. Pihak hospital memohon pasangan agar tunggu di ruang duduk menunggu diluar setelah anda selamat bersalin bagi memudahkan kakitangan bergerak keluar masuk menguruskan anda & bayi selepas bersalin.
  5. Posisi semasa bersalin adalah litotomi (kedua-dua kaki diangkut gantung)
  6. Jarum branula dan cecair hidrasi akan dimasukkan untuk semua pesakit. Darah alan dihantar untuk siasatan rutin.
  7. Sepanjang tempoh bersalin, terdapat 2 tali pinggang yang dipasang diperut anda bagi memantau kontraksi & jantung bayi.
  8. Anda mungkin diarahkan untuk mengiring ke sebelah kiri ketika kepala bayi sudah turun kebawah bagi mengurangkan tekanan kepada kepala bayi & melancarkan bekalan darah kepada bayi anda.
  9. Pemeriksaan laluan faraj dan pembuangan air kencing akan dilakukan oleh doctor pakar dan jururawat bidan mengikut keperluan anda.
  10. Selepas bayi dilahirkan anda akan diberikan suntikan untuk membantu pengecutan Rahim bagi mengurangkan pendarahan.
  11. Bayi anda akan diletakkan didada anda sekiranya stabul ('skin to skin contact') atau di bawa keluar untuk diletakkan dibawah warmer bagi memastikan bayi anda dikeringkan dan lendiran didalam mulut dan hidung akan disedut perlahan-lahan menggunakan tiub, supaya bayi dapat bernafas dengan baik.
  12. Bayi akan diberikan suntikan imunisasi Hepatitis B & vitamin K sebaik shaja dilahirkan. Suntikan imunisasi BCG akan diberikan sebelum discaj dari wad
  13. Sekiranya bayi stabil & sihat, pemeriksaan saringan akan dilakukan oleh doctor pakar kanak-kanak sebelum discaj dari wad.
 
PILIHAN KAEDAH MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN
  1. Suntikan ubat penahan sakit
  2. Epidural Analgesia
  3. Tidak mahu sebarang ubat
PENGAMBILAN URI BALIK KE RUMAH
  1. Mahu ambil uri balik & tanam
  2. Tidak mahu ambil & membenarkan pihak hospital melupuskan uri
 
Info Set Bersalin Shaklee ada DISINI
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84fbd798e127f7f700c17213662213ce

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.

Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  

Continue Reading

04 November 2014

5 TANDA - TANDA HENDAK BERSALIN (5 SIGN OF LABOR)

Assalamualaikum bakal-bakal ibu sekalian...sedang mengira hari untuk 'chech-in" di labor room?? hehe..pasti gundah gulana kan..pantang rasa lain skit mesti cuak..haha...macam AR kini hamil anak ke-3 In Shaa Allah mungkin banyak membantu dari pengalaman lepas. Ok,,bagi yang kali pertama ingin melahirkan pasti tertanya-Tanya apa tanda-tanda hendak bersalin yang sebenarnya ye. Ini antara yang boleh AR kongsikan.
 
1. Keluar "tanda" ('bloody show') berupa lender bercampur darah. kena la rajin pakai panties kalau dah dekat2 nak bersalin ye...apa-apa spot yang ada..senang kita nak notify.
 
2. Pecah air ketuban ('rupture of mem-branes). Sesetengah orang air ketuban akan turun. sama ada skit atau banyak. kalau skit2 tu terus pergi hospital secepat mungkin. jangan tunggu2 lagi dah.
 
3. Kontraksi yang dating tetap, bertambah kerap & bertambah sakit ('regular contractions that intensity'). Tanda ni kedua2 kehamilan lepas..saya terus pergi hospital..selang beberapa jam..terus bersalin. Lagipun doctor cek jalan je..kalau masih belum terbuka..mungkin dinasihatkan untuk warded tunggu jalan terbuka...atau balik ke rumah..dan jika sakit berpanjangan boleh datang semula.
 
4. Sakit di belakang pinggang, dating secara tetap, bertambah kerap & bertambah sakit )pain in lower back')
 
5. Sakit memulas seperti perut cirit-birit. (cramps that fell like intestinal up-set). kalau bahasa mudah...rasa macam nak buang air besar..tapi tekanan untuk membuang xde...jangan pegi teran kat dlm tandas plak...ada yang kuar baby plak. so..kena pastikan betul2 nak buang air besar atau tanda-tanda hamil. Yang ni pun AR rasa masa hendak melahirkan kedua2 anak AR sebelum2 ni. ulang-alik pergi tandas...tapi xde hasil pun. hehe..so pergi la hospital.
 
ok..Semoga dapat membantu sedikit sebanyak ibu-ibu untuk menghadapi kelahiran nanti. Kalau nak cuba Set Bersalin Shaklee jangan lupa helo AR ok.
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84fbd798e127f7f700c17213662213ce

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.

Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  
 
Continue Reading

03 November 2014

PROMOSI NOVEMBER ~ OMEGA GUARD SHAKLEE BUY 6 FREE 1, BUY 2 GET 5 % DISCOUNT

PROMOSI PROMOSI!!...Bulan ni ada 2 tawaran hebat dari Shaklee. Dengan pembelian 6 botol Omega Guard anda akan menerima 1 botol percuma.
 
RM0.00 Shaklee: Nov'14 Buy 6 Free 1 Promotion - OmegaGuard (00P173) RP816, 210UV. Place your order now! TQ
 
Ataupun dengan pembelian 2 botol Omega Guard anda akan mendapat 5% discount dari harga asal.
 
RM0.00 Shaklee: Good News! Additional Nov'14 Promotion - Buy Twin Packs OmegaGuard with 5% discount(00P218) @RP258.40, 67UV. Place your order NOW! TQ
 
Haa...mesti besti best ni..kalau dalam family semua peminat tegar omega guard ni..harus la grab yang beli 6 free 1 tu kan...kalau baru nak cuba2...AR nasihatkan ambil terus twin packs promosi..jimat la sangat.
 
Apa yang best sangat Omega Guard ni...boleh tgk kat sini.
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f0e74f09295841e202946abdc1829518
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  

Continue Reading

26 October 2014

TIPS MENGHADAPI ANAK KECIL DEMAM

Anak demam? Jangan panik! Mungkin tips ini boleh membantu anda!!
 
Mengikut ilmu kedoktoran, kanak-kanak yang berumur di bawah 7 tahun sahaja yang akan terdedah kepada sawan demam (febrile fits) apabila mereka mengalami demam panas. Bagi yang berumur 7 tahun ke atas, risikonya telah tiada. Jika kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas terkena sawan kebiasaanya ia bukan disebabkan sawan demam (febrile fits) tetapi disebabkan perkara-perkara lain seperti Epilepsi.
 
Berikut adalah langkah-langkah yang sepatutnya anda ambil ketika anak anda demam:
 
1. Kalau boleh anda ambillah cuti.
Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.
 
2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.
Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.
 
3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.
 
4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.
Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits).
 
5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?
Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.
 
Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi. Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi.

Info lanjut Set Kesihatan Kanak-kanak dari Shaklee ( Tingkatkan imun system si manja anda)
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3eec1ed838fd558428398779631b66a5
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.

Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  

Continue Reading

24 October 2014

Supplement Untuk Kesihatan Kanak-Kanak

Assalamualaikum...harini AR nak share supplement untuk kesihatan anak-anak kita. Bagi AR supplement untuk zaman sekarang sangat la penting. Anak-anak kita sangat terdedah kepada pelbagai bahan kimia dan orang luar yang sentiasa membawa virus2 tidak sihat. Bukan nak kata orang luar tak sihat.. tapi ambil contoh anak AR sendiri..si kakak sudah 5 tahun dan pergi ke Tadika.  Mesti la bergaul dengan orang luar kan. awal-awal dulu sebelum konsisten ambil supplement ni dalam sebulan tu mesti ada la ponteng sekolah. Bila lama-lama xpergi dia pun jadi malas nak pergi sekolah. Jadi elakkan la benda2 mcm ni untuk dijadikan alasan untuk tidak ke sekolah. anak kita amanah kita kan. Sekarang ni Alhamdulillah..selsema atau demam susah nak dating dekat anak-anak. Syukur Alhamdulillah..
  
Manfaat Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee
 
Mealshakes
  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zaat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membinatulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
Omega Guard
  • Mempunyai DHA & ePA untuk kesihatan otak. Mempunyai Omega-3 yang membantu meningkatkan hormon leptin, meningkatkan metabolisme, mengawal kolestrol, mengawal stress dan meningkatkan sistem imunisasi.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.
  • Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Chewable Vitamin C
  • Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.
  • Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.
  • Membantu meningkatkan system imunisasi kanak-kanak.
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a1280bb57e980da66d54eb0f20cbb95e