03 April 2015

REVIEW PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN KAKAKADEK CONFINEMENT THERAPIST


Assalamualaikum...Alhamdulillah harini masuk hari ke 53 dah baby AR. dan selamat la semua proses berpantang tempoh hari. Harini AR nak langsaikan hutang review pasal khidmat pakej rawatan / urutan selepas bersalin dari Kakakadek Confinement Therapist.

AR dirawat oleh Kak Elina (kakak) sepanjang 7 hari pakej tersebut. Kalau tengok orang nya memang halus manis je. Tapi bila urut mencengkam bantal gak la..hehe..Memang Profesional khidmat dorang ni. sebab apa...hehe..xsempat lak nak snap beg akademi fantasia Kak Elina aritu...dia datang je mesti bawa luggage besar mcm2 ada dalam tu.

1st of all...Urut 1 badan...urut kat lemak2 pun ada..Kak Elina pun tau kat mana kita penat dan sakit. Maksudnya dia tau la kan urat kita xbetul kat situ. Kalau kena hari yang penat skit...teruk la dikerjakan Kak Elina..smpai urat tu betul2 ok baru dia stop urut kat situ..especially kat bahu n pinggang.
 


Sambil urut Kak Elina akan panaskan batu tungku...dah abis urut nanti batu tungku dah panas boleh la terus bertungku untuk 1badan.
 

 
Lepas tungku...Kak Elina akan ikatkan bengkung tradisional ni..panjang amat (anggaran 10meter)..nak abis 1 perut AR berpeluh gak la...dan perlukan tenaga yang kuat sebab nak bagi kejap..kang salah pasang sia2 je pakai bengkung.


Rupa bengkung ni bila siap pasang macam kat bawah. (gambar ehsan google)





Lepas berbengkung Tanggas Basah plak..duduk la kepanasan sampai berpeluh2 atas tu...ambil masa 10minit je. (5 hari sahaja)

 
Hari last Kak Elina datang masa AR hari ke 41. dan Tanggas basah dah xbuat..Kak Elina sediakan tanggas kering ni. Tanggas kering lagi power rupanya..hehe..sebab nya batu dipanas kan..lepas tu letak la bahan2 yang ditumbuk (tak pasti yang AR paling ketara Nampak kunyit lah..xsempat nak interview) Masa AR di wapkan tu Kak Elina akan perah kan air limau nipis. so asap akan keluar. Bagus untuk keintiman. Berpeluh habaq hang. hehe

 
Mandi herba hari 1st - hari ke 6

 
Mandi bunga Hari ke 41

 
Hari ke 41 tu sebelum balik Kak Elina tinggalkan bunga-bungaan ni untuk mandi. Dan sebelum mandi ada scrub 1 badan tau. Best sangat. Rasa nak tambah 7hari lagi..hehe..Apakan daya nak kena balik rumah dah. pantang lama2 umah mak kang jemu gak mak nak melayan.hehe.
 
So..Kesimpulan dia..AR suka sangat semua2 rawatan yang diberikan., Mesra dan professional. Next confinement boleh order lagi ye kak..hehe. uolls nak try boleh contact FB Kakakadek Confinement Therapist. Pakej yang disediakan boleh tgk kat sini.
 
 
 
p/s : Dapat kan Set Hamil dan Set Pantang Shaklee di sini
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
 
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.







0 comments:

Post a Comment