09 October 2014

TUKAR BUKU ASB SEBAB TRANSAKSI PENUH

 
Assalamualaikum semua...ini semalam punya citer.. AR memang dah lama berniat nak tukar buku ASB Remaja 'Ting' ni..konon nya buku ni di daftar kan pada tarikh 11 ogos 1998..haha nmpk sgt sudah 16tahun baru nak penuh transaksi. Masa last transaksi tu..org pejabat pos tu siap print kat tempat yang bukan untuk duit keluar masuk. memang last page la...tapi setiap kali pegi asik lupa je nak bawa IC yang fotostet punya. So semalam memang dah plan sebab ada la skit2 duit lebih buat raya haji nak masukkan skit. Alang2 nak pergi pos barang customer AR bw siap2 salinan kad pengenalan dan borang permohonan buku baru.
 
Kalau tukar buku sebab dah penuh transaksi tak perlu bayar apa2 bayaran kecuali atas sebab lain dikenakan Rm10.00. Pergi je mana2 pejabat agent ASB minta borang pertukaran buku ASB dan bawa salinan kad pengenalan. pastu on the spot dapat buku dan no akaun baru. Alhamdulillah..AR bersyukur sangat dipertemukan dengan bisnes Shaklee..Boleh buat hanya dari rumah, sambil jaga anak2 dan hal rumah tangga, duit minyak serta duit tol boleh berjimat2 dan buat simpanan untuk hari tua.
 
Jujur AR cakap kalau masa kerja dulu boleh dikatakan setahun sekali je AR menyimpan di ASB sebab dapat bonus raya...itupun kadang2 pergi juga keluarkan balik sebab ada nak guna duit. boleh la skit2 simpan dari duit bonus tu kan. tu pun sebab gi masukkan duit raya anak2..tapi sekarang boleh dikatakan setiap bulan dapat Bonus Shaklee AR akan peruntukan sejumlah dari duit tersebut untuk simpanan hari tua.
 
'Menabung lah untuk masa depan bersama" cewaah...haha...terpulang pada buah fikiran masing2 kan..nak melabur kat mana...buat masa skrang AR rasa ASB lah pelaburan paling selamat. bukan apa malas nak fikir yang lain2..hehe. ada juga intai2 pelaburan emas...tapi fikir balik kalau ada emergency nak guna duit susah jugak nak jual balik..buat nya masa tu harga emas tengah jatuh. So simpanan emas tu AR target pada emas fizikal je. itupun tunggu husband yang belikan...haha. k lah.
 
Semoga anda diluar sana boleh la cari skit2 side income...tahun kehadapan kita xtau nasib kita mcm mana. Anak2 juga semakin membesar dan memerlukan perbelanjaan yang lebih. Kalau sekarang tak start bila lagi kan. Kalau ada sesiapa nak rekemen pelaburan ke skim simpanan apa2 kat AR boleh la chit chat..AR minat nak tau..tapi xcukup pendedahan untuk ambil tahu. so ini je la yang AR harapkan untuk masa tua AR nanti. KWSP tu lain citer la kan..pejam mata la yang tu. anggap je xtau...tiba2 dah beranak2 dah kat situ..hehe.
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c84f741b048a0721739ac52c241ba5df
 
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 

Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  
 
 

0 comments:

Post a Comment