07 January 2013

Apa Yang Sihat Dulu Sihat Sekarang??


















DULU......

Orang-orang tua dahulu tak pernah menggunakan ubat-ubat atau makanan kesihatan sekarang macam kita. Mereka hanya menggunakan tumbuhan-tumbuhan yang berada disekeliling rumah. Mereka juga tak banyak sakit macam kita, mereka lebih kuat berbanding orang muda sekarang. Kenapa?? Sebab mereka hanya mengamalkan ulam-ulaman. Makan makanan berkhasiat tanpa di awet. Masakan mereka berasaskan sayuran. cara masakan mereka rebus, panggang, bakar, celur.Makan ayam yang disembelih dari rumah tanpa melalui proses suntikan untuk membesar. Ternakan mereka bebas dari suntikan itulah yang mereka makan. Sebab itu lebanyakan mereka masih kuat walaupun sudah lanjut usia. Tak perlu nak mencari makanan kesihatan tambahan. jimat pun jimat, bebas dari segala kesan sampingan.


SEKARANG....

Sekarang...semuanya senang, buat satu panggilan saja tunggu setengah jam makanan sampai.. Pegi restoran mamak...teh tarik satu, mee goreng mamak satu...malas nak beratur atau tunggu...drive trough saja... Orang sekarang banyak yang dapat sakit. Kalau yang memasak pula...pergi pasar beli ayam yang siap diproses "ayam proses segar". "Santan segar" ada juga santan segera yang dalam kotak. banyak lagi la yang segera-segera ni...belum masuk mee segera (maggi ) masak 2 minit dah boleh makan. Jadi banyak radikal bebas dah masuk dalam badan kita ni. Makanan-makanan yang sudah diproses ni sudah tercemar oleh bahan-bahan pengawet.

Jadi...tu la penting nya makanan kesihatan tambahan masa SEKARANG ni. Pengambilan makanan kesihatan tambahan seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan orang moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bagi mereka yang sedar akan kepentingan "supplement" ini mereka tidak akan berkira-kira untuk mendapatkannya.

“Kita mungkin tidak berasa kesan pengambilan bahan-bahan begitu sekarang. Tetapi kita akan merasainya selepas beberapa tahun. Kita akan berhadapan dengan barah misalnya. Walaupun kita mengamalkan gaya pemakanan sihat, tetapi kerana tuntutan kerjaya, kita tidak boleh memenuhi jadual pemakanan itu. Di sinilah pentingnya pengambilan makanan tambahan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan,” - Betty Benafe, Pelakon

Blog ini diwujudkan adalah untuk kesihatan sekarang. Dulu kita memang dah tak boleh "compare" lagi dah. Tengok nenek-nenek kita sekarang saja lah. Masih sihat lagi walaupun usia sudah lebih separuh abad. Tanpa perlu "supplement". Jom 'explore' apa yang saya nak kongsikan.

Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment